[VIDEO] Dua maut, 14 cedera bas persiaran terbalik di Karak


  • 112
  • Jumaat, 29 Mac 2024

Keadaan bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan di KM 51.4 arah Timur (Bukit Tinggi - Lentang) Lebuh Raya Karak Bentong. — Facebook/Young Syefura Othman

DUA penumpang maut manakala 13 lagi cedera dalam membabitkan sebuah bas terbabas lalu terbalik di Kilometer 54.1, Lebuh Raya Karak-Bentong arah menghala Timur di Bentong, Pahang awal pagi Jumaat.

Difahamkan, bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan pada awal pagi Jumaat itu membawa 16 penumpang termasuk empat orang warga asing.

Komander Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong, Badrul Hisham Saari dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.53 pagi berkenaan kemalangan bas terbabit.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Tobacco taiko tunjuk samseng', KKM diminta konsisten kuat kuasa larangan merokok

BACA LAGI: [VIDEO] Pekerja pembinaan terkejut lihat gelandangan ratah kaki manusia seperti zombie

Katanya, susulan daripada itu seramai 19 anggota bomba bergegas ke tempat kejadian yang terletak kira-kira 20 kilometer dari BBP Bentong.

Menurut beliau, seorang wanita yang tersepit berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas seterusnya dihantar ke Hospital Bentong menggunakan ambulans bomba.

Tambah Badrul Hisham, tiga lelaki dewasa yang turut cedera dalam nahas terbabit diberi rawatan awal sebelum dihantar ke hospital sama," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar dilaporkan berkata, mangsa yang maut termasuk seorang lelaki warga negara asing dan seorang lagi penumpang wanita yang masih belum dikenal pasti.

Katanya, bas tersebut dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Kuala Lumpur menuju ke Kuantan, Pahang.

"Pemandu dan seorang wanita cedera parah manakala 11 lagi dilaporkan cedera. Lima daripada mangsa terselamat tanpa cedera," kata Zaiham.

Tambah beliau, mangsa yang maut dan mereka yang cedera telah dibawa ke Hospital Bentong untuk tindakan lanjut.

Pada masa sama, beliau turut menyangkal dakwaan mangsa tersepit di bawah bas seperti yang tular di media sosial sejak awal pagi Jumaat.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram