[VIDEO] Sempat bermaafan dengan rakan sekerja, mualaf maut dirempuh bas kilang di Kuala Ketil


  • 112
  • Jumaat, 29 Mac 2024

Dalam kejadian sekitar pukul 8.20 malam itu, mangsa meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

SEORANG pemandu jengkaut maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah bas kilang di sebuah persimpangan lampu isyarat dekat Kuala Ketil, Kedah, pada Khamis.

Dalam kejadian sekitar pukul 8.20 malam itu, mangsa Ooi Su Ching, 41, yang juga seorang mualaf meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, semasa insiden tersebut, mangsa dilaporkan sedang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Kuala Bakong, ke rumahnya di Kuala Ketil.

BACA LAGI: 'Pengangkutan awam masih kurang memuaskan tapi dah nak fokus kereta EV'

"Ketika tiba di lokasi, mangsa dilanggar sebuah bas kilang di bahagian belakang. Bas itu dilaporkan memotong sebuah kereta di hadapannya semasa lampu isyarat hijau apabila sampai di tempat kejadian.

"Keadaan itu menyebabkan bas itu melanggar mangsa di bahagian belakang. Kesan pelanggaran itu, mangsa telah melambung dan terjatuh di laluan bertentangan.

"Motosikal mangsa dipercayai sedang berada di lorong kanan untuk membelok masuk ke sebelah kanan jalan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian tersebut, pemandu dan penumpang bas berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Shamsudin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pemandu bas terbabit turut ditahan dan menjalani pemeriksaan ujian air kencing bagi siasatan lanjut.

BACA LAGI: Ramai tak beli baju raya, netizen kongsi kisah sedih persiapan ala kadar Aidilfitri

photo1711675478

Keadaan kerosakan motosikal mangsa (kiri) dan bas kilang yang terlibat dalam kemalangan pada Khamis. — Facebook

Sementara itu, rata-rata daripada merakamkan rasa simpati atas kejadian pemergian mangsa memakai nama Islam, Muhammad Yusuf Adam Oii Abdullah.

"Al-Fatihah. Syurga tempat mu, meninggal di bulan yang mulia dan orang baru dalam Islam bak kain putih yang suci murni," tulis Ella Ella.

Pada masa sama, turut berkongsikan ucapan takziah adalah seorang rakan kerja arwah, Pait Betta yang menyatakan dia sempat bermaafan selepas mengalami perselisihan faham dengan mangsa sebelum ini.

Ujarnya, arwah yang lebih mesra disapa sebagai Mat Usop juga pernah meluahkan kepadanya mengenai masalah kerja.

"Al-Fatihah Mat Usop. Pernah bergaduh dalam kerja. Selamat sempat minta maaf masa hari pertama puasa," tulis Pait Betta. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram