[VIDEO] Lima dikhuatiri maut treler biru terbabas langgar pengadang jalan masuk laluan bertentangan di lebuh raya Pasir Gudang


  • Tular
  • Isnin, 25 Mac 2024

Tangkap layar video memaparkan treler terbabit yang terbabas ke laluan bertentangan di Lebuh Raya Pasir Gudang, berdekatan Kangkar Tebrau, Johor Bahru, Johor, pada Isnin.

TULAR satu kemalangan ngeri melibatkan sebuah treler terbabas ke laluan bertentangan sebelum melanggar beberapa buah kenderaan lain di Lebuh Raya Pasir Gudang, berdekatan Kangkar Tebrau, Johor Bahru, Johor, pada Isnin.

Insiden tersebut turut dirakam oleh kamera papan pemuka kenderaan yang berada di lokasi.

Berdasarkan klip berkenaan, treler berwarna biru terbabit dilihat berlanggar dengan sebuah kenderaan lain di laluannya sehingga menyebabkannya terbabas dan merempuh pengadang jalan.

Ketika kejadian, trafik di laluan tersebut dilihat berada dalam keadaan sesak.

BACA LAGI: Ambil ilham suasana KL 1935, jurutera ini mula inisiatif berbasikal ke tarawih

BACA LAGI: [VIDEO] AS dah keluar amaran 2 minggu awal, lebih 60 maut serangan kumpulan bersenjata, pakai baju celoreng di Moscow

Dalam pada itu, maklumat awal yang dikongsikan di media sosial yang belum disahkan kesahihannya mendakwa nahas tersebut mengorbankan seramai lima individu.

Bagaimanapun, pihak polis setakat ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden tersebut.

Sementara itu, satu video berasingan memaparkan situasi tegang yang berlaku di lokasi kejadian antara individu dipercayai pemandu treler terbabit dan orang ramai. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram