[VIDEO] Pekerja Malaysia maut nahas langgar lampu merah di Singapura, drebar lori berusia 25 tahun ditahan


  • Benua
  • Khamis, 28 Mac 2024

Tangkap layar video tular memaparkan kemalangan yang meragut nyawa seorang pekerja Malaysia di Tuas, Singapura pada Isnin.

SEORANG pekerja Malaysia maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah lori yang melanggar lampu isyarat merah dalam kejadian di Tuas, Singapura pada Isnin lalu.

Rakaman kemalangan melibatkan mangsa dikenali sebagai Ching Wai Hoong, 45, itu tular selepas ia dimuat naik di media sosial.

Berdasarkan klip tersebut, lori berkenaan dilihat meneruskan perjalanan melintasi sebuah persimpangan ketika lampu isyarat di laluannya masih merah.

Pada masa sama, motosikal ditunggang mangsa dilihat datang dari arah kanan lori terbabit menyebabkan kedua-duanya bertembung di tengah-tengah persimpangan tersebut.

BACA LAGI: Budak 4 tahun di Sungai Buloh maut terjatuh tingkat 16 lepas panjat sofa tepi tingkap

BACA LAGI: Ramai tak beli baju raya, netizen kongsi kisah sedih persiapan ala kadar Aidilfitri

Impak daripada perlanggaran itu menyebabkan mangsa terbabas dan terjerumus ke arah kawasan semak di tepi persimpangan berkenaan.

Difahamkan, Wai Hoong meninggal dunia akibat kecederaan dialaminya selepas dia dihantar ke hospital.

Kemalangan di persimpangan Jalan Tuas Barat dan Jalan Ahmad Ibrahim itu berlaku sekitar pukul 7.06 pagi Isnin.

Jurucakap Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memberitahu MS News bahawa mereka dimaklumkan mengenai kemalangan itu pada kira-kira pukul 7.30 pagi hari kejadian.

Pasukan Polis Singapura (SPF) turut menahan pemandu lori berusia 25 tahun itu kerana kesalahan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram