[VIDEO] Penjawat awam didakwa cederakan isteri dan keluarga, anak perempuan mohon simpati di media sosial


  • Tular
  • Rabu, 27 Mac 2024

Tangkap layar video dimuat naik memaparkan pertengkaran antara lelaki tersebut bersama isterinya.

SEORANG penjawat awam di Gopeng, Perak didakwa bertindak melampaui batas dengan mengasari anak dan isterinya sehingga menyebabkan terdapat daripada ahli keluarganya mengalami masalah mental.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh seorang pengguna di laman X, a_safiah yang merupakan anak perempuan sulung keluarga tersebut menerusi satu rantaian hantaran pada Rabu.

Menerusi ciapan tersebut, wanita itu mendakwa bahawa keluarganya sudah menderita agak lama dengan sikap tidak bertanggungjawab ayahnya itu yang juga bertugas sebagai guru besar di sebuah sekolah di Gopeng.

Ujarnya, selain didakwa pernah memukul anak dan isterinya, lelaki itu juga didakwa turut menyebabkan penderaan fizikal dan mental terhadap mereka.

Tidak cukup dengan itu, menurut a_safiah, ayahnya juga pernah memberikan gelaran yang cukup kesat terhadap dia dan ibunya.

BACA LAGI: Budak 4 tahun di Sungai Buloh maut terjatuh tingkat 16 lepas panjat sofa tepi tingkap

Pada masa sama, ibunya yang difahamkan masih belum bercerai dengan ayahnya turut dilarang berjumpa dengan anak-anaknya yang lain.

"Pukul anak dan isteri. Penderaan mental fizikal terutamanya kepada isteri menyebabkan saya, anak perempuan pertama mempunyai penyakit mental," tulisnya di laman X.

Menurut a_safiah, ibunya juga dituduh oleh melakukan hubungan songsang bersama wanita lain tanpa sebarang bukti.

BACA LAGI: Ramai tak beli baju raya, netizen kongsi kisah sedih persiapan ala kadar Aidilfitri

photo1711547904

Tangkap layar hantaran dibuat oleh a_safiah pada Rabu.

Menerusi hantaran sama, dia turut berkongsikan bukti surat perubatan yang diterima berhubung tahap kesihatan mentalnya.

Ciapan tersebut juga memuat naik satu video berdurasi dua minit 17 saat memaparkan pertengkaran antara lelaki tersebut bersama isteri dan anaknya di hadapan sebuah rumah.

Menerusi hantaran sama, a_safiah juga berkongsikan satu laporan polis yang dibuat di Balai Polis Batu Gajah, Perak mengenai satu kejadian perselisihan yang berlaku di rumah ibunya.

Dalam laporan berkenaan, pengadu yang difahamkan bertugas sebagai guru mendakwa suaminya datang ke kediamannya untuk membuat kecoh dan hampir mencetuskan pergaduhan bersama menantu lelakinya yang ketika itu berada di rumah.

Sementara itu, menerusi hantaran sama, a_safiah mendakwa bapanya turut melakukan penganiayaan apabila dipercayai menyalahgunakan kuasa dengan memperalatkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk menukarkan sekolah tempat isterinya bertugas.

"Tolong bantu warga X, kami telah lama menderita secara senyap-senyap sekarang. Dianiaya terlalu lama," tulisnya.

Ciapan tersebut yang sudah mendapat lebih 190,000 jumlah tontonan dan lebih 1,800 hantaran semula selepas beberapa jam dimuat naik bagaimanapun sudah dipadamkan.

Wanita itu juga dilihat sudah mengehadkan akses terhadap akaunnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram