[VIDEO] Menyamar sebagai penghantar makanan, taktik licik lelaki dan rakan dinobat sebagai pencuri terhandal sepanjang zaman


  • Benua
  • Khamis, 07 Mac 2024

Tangkap layar CCTV memaparkan dua pencuri licik merompak sebuah kafe di luar negara baru-baru ini. — Agensi

SEBUAH klip video tular memaparkan dua orang individu licik merompak duit mesin wang dalam sebuah kafe di luar negara menjadi bualan warga maya ketika ini.

Manakan tidak, tindakan kedua-dua pencuri pintar itu tak tercapai dek akal oleh sesiapa sahaja.

Kegiatan mereka itu yang berjaya dirakam oleh kamera televisyen litar tertutup (CCTV) premis berkenaan membuatkan ramai beranggapan mereka adalah pencuri terhandal sepanjang zaman.

Memetik laporan media antarabangsa, insiden berlaku pada 28 Februari lalu pada pukul 5.30 petang.

Namun, tidak dapat dipastikan lokasi sebenar kejadian itu berlaku.

BACA LAGI : [VIDEO] Ibu cabut nyawa bayi sendiri pura-pura sedih, tangisi kematian anak di TikTok

BACA LAGI : [VIDEO] 'Femes' bawa kontena di TikTok, wanita kecil molek parah lori terbalik ketika potong 'tang kona' di Pelabuhan Klang

Menerusi video berdurasi 15 saat berkenaan, kelihatan suspek menyamar sebagai penghantar makanan memasuki kafe tersebut untuk mengambil makanan yang telah dipesan pelanggan.

Dia kemudiannya berpura-pura bertanyakan soalan sambil menunjukkan telefon pintarnya kepada pemilik kafe berkenaan bertujuan mengalih perhatiannya.

Lelaki itu yang berdiri di belakang kaunter itu melayan pertanyaan si pencuri dengan kedua-duanya dilihat membelakangkan mesin daftar tunai.

Secara tiba-tiba, muncul seorang lelaki dari dalam beg kurier yang disandang suspek pertama dan dia bertindak mengambil wang yang ada dalam mesin di atas meja tersebut.

Kedua-dua suspek terus beredar dari premis berkenaan selepas misi mereka berjaya.

Dalam pada itu, tidak dapat dipastikan sama ada kedua-dua pencuri tersebut telah ditahan atau sebaliknya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram