[VIDEO] Penyelia pengawal keselamatan kena tembak lelaki misteri berkereta hitam di Kapar


  • 112
  • Khamis, 07 Mac 2024

Hasil rakaman CCTV berhampiran tempat kejadian mendapati mangsa ditembak dari jarak dekat oleh suspek yang menaiki sebuah kereta berwarna hitam.

SEORANG penyelia pengawal keselamatan di Kapar, Klang cedera di bahagian tangan, rusuk dan bahu kanan selepas ditembak oleh individu misteri dalam kejadian pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Klinik Kesihatan Kapar sekitar pukul 4.45 petang yang memaklumkan menerima seorang pesakit ditembak di bahagian badan oleh suspek tidak dikenali.

"Mangsa seorang lelaki warga tempatan berumur 46 tahun merupakan penyelia pengawalan keselamatan ditembak di bahagian tangan kanan, rusuk kanan dan bahu kanan," katanya dalam satu kenyataan.

Vijaya berkata, hasil rakaman CCTV berhampiran tempat kejadian mendapati mangsa ditembak dari jarak dekat oleh suspek yang menaiki sebuah kereta berwarna hitam.

BACA LAGI: [VIDEO] Ibu cabut nyawa bayi sendiri pura-pura sedih, tangisi kematian anak di TikTok

BACA LAGI: [VIDEO] Lima pelanggan restoran muntah darah lepas jamah ais kering 'beracun'

Susulan daripada itu, beliau berkata, seramai lima lelaki tempatan berumur antara 40 hingga 45 tahun sudah ditahan untuk membantu siasatan.

Katanya, motif kejadian masih dalam siasatan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Vijaya memaklumkan, mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

"Pihak polis menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan dengan kes ini diminta tampil menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat ASP Sathiyaseelan Manar di talian 012-5197913 bagi menyalurkan sebarang maklumat," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram