ETS tambah 10 tren baharu, pengguna bakal meningkat kepada 7.5 juta orang — Loke


  • Primer
  • Khamis, 07 Mac 2024

MENURUT Loke, perolehan 10 tren ETS baharu yang memiliki enam koc itu dibuat berikutan permintaan daripada rakyat Malaysia.

RANCANGAN Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk mendapatkan tambahan 10 set koc perkhidmatan tren elektrik (ETS) baharu dijangka bakal membolehkan lebih 7.5 juta penumpang menggunakan perkhidmatan itu setiap tahun, kata Anthony Loke.

Beliau yang merupakan Menteri Pengangkutan berkata, dengan bilangan perjalanan harian sebanyak 32 kali, jumlah penumpang yang direkod menggunakan ETS pada tahun lalu ialah seramai 4.12 juta.

“Dengan 10 set koc ETS baharu, jumlah penumpang dijangka meningkat kepada 7,547,565 penumpang setiap tahun apabila ia mula beroperasi,” kata Loke semasa Waktu Soalan Lisan di Parlimen pada Khamis.

Menurut Loke, perolehan 10 tren ETS baharu yang memiliki enam koc itu dibuat berikutan permintaan daripada rakyat Malaysia.

“Kereta api elektrik baharu itu dijadualkan beroperasi secara berfasa mulai awal 2025,” tambah Loke.

Loke berkata demikian ketika menjawab soalan Rushdan Rusmi (PN-Padang Besar) yang bertanya sama ada Kementerian Pengangkutan bercadang menambah bilangan koc ETS berikutan peningkatan permintaan daripada rakyat Malaysia yang ingin melawat Perlis sempena Tahun Melawat Perlis 2024 - 2025.

BACA LAGI: [VIDEO] Ibu cabut nyawa bayi sendiri pura-pura sedih, tangisi kematian anak di TikTok

Transport Minister Anthony Loke Siew Fook speak to the media after distribute the  1,000 hari raya packet filled with cookies, dodol, drinks, kurma and money packet to the passenger were boarding at KTM KL Sentral in Kuala Lumpur, yesterday. MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

BACA LAGI: [VIDEO] Lima pelanggan restoran muntah darah lepas jamah ais kering 'beracun'

Rushman kemudian memberikan soalan tambahan sama ada kerajaan mempunyai rancangan memperkenalkan tambang mampu milik pada tahun ini dan tahun depan untuk perkhidmatan pengangkutan tersebut.

Menjawab mengenai perkara itu, Loke berkata, kementerian tiada perancangan untuk melaksanakan cadangan tersebut kerana tiket ETS disifatkan sudah berada kadar yang agak murah.

“Bagi perkhidmatan tren lain, terdapat program lain yang memberi diskaun kepada warga emas dan beberapa lagi kumpulan,” ujar Loke.

Dalam pada itu, Howard Lee (PH-Ipoh Timor) kemudian bertanya sama ada terdapat rancangan Kementerian Pengangkutan untuk menambah kekerapan ETS sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri akan datang.

Loke berkata, perkara itu sentiasa berada dalam perancangan kerajaan.

“Begitu juga dengan Hari Raya Aidilfitri. Biasanya kita akan biarkan tiket dijual pada harga biasa dan dalam beberapa minggu sebelum Hari Raya, akan ada tren tambahan diperkenalkan,” kata Loke.

Pada masa sama, Loke berharap lebih ramai anak muda menggunakan pengangkutan awam untuk perjalanan.

“Kami juga akan menambah lebih banyak bas ekspres sementara dapat mengurangkan penggunaan motosikal untuk perjalanan ke tempat yang jauh,” tambah Loke. — The Star/TARRENCE TAN/RAGANANTHINI VETHASALAM/GERARD GIMINO

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram