KEHILANGAN seorang pempengaruh di media sosial (YouTuber) hampir sedekad lalu berhampiran lokasi rahsia, Area 51 di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) masih diselubungi misteri.
Pembuat konten terkenal, Kenny Veach, 47, hingga saat ini belum ditemukan malah kesnya ditutup dengan alasan bahawa dia telah meninggal dunia akibat bunuh diri.
Pada 2014, Kenny dilaporkan hilang selepas pergi ke sebuah gua misteri berbentuk 'M' berhampiran pangkalan Tentera Udara Nellis yang sering dikaitkan dengan konspirasi UFO.
BACA LAGI : Abang cari saksi, tuntut bela kematian adik kemalangan di Juru
Kawasan larangan yang terletak di AS. — Agensi
Lebih menimbulkan tanda tanya, pendaki Las Vegas itu sempat memuat naik rakaman sebelum kehilangannya.
Dalam video tersebut, badannya dilihat bergetar ketika memasuki gua tersebut.
"Saya sentiasa masuk setiap gua yang saya jumpa, tapi apabiloa masuk gua ini, seluruh badan saya mula menggigil.
"Semakin dekat saya dengan pintu gua, semakin teruk getaran itu. Tiba-tiba saya menjadi sangat takut di lokasi itu," katanya.
BACA LAGI : [VIDEO] Ibu cabut nyawa bayi sendiri pura-pura sedih, tangisi kematian anak di TikTok
Selepas sahaja video tersebut tular di media sosial, tiada lagi khabar berita yang diterima tentang keadaan dirinya.
Malah, mayatnya juga dilaporkan tidak pernah ditemui sejak kehilangannya pada tahun itu.
Ia juga telah menimbulkan pelbagai teori dan spekulasi tentang kemungkinan yang terjadi kepadanya.
Ada juga yang mendakwa, Kenny ditangkap kerana menemukan rahsia sulit kerajaan AS di lokasi tersebut.
Selain itu, teori yang sering dilontarkan adalah Kenny menjadi mangsa perbuatan keji dan menyaksikan jenayah terbesar.
"Saya benar-benar percaya gua M sekadar mengalihkan isu sebenar. Saya percaya dia tersesat semasa mendaki dan malangnya mati akibat kawasan itu.
"Kes yang sangat menyedihkan, dia kelihatan seperti seorang lelaki baik menerusi videonya," kata salah seorang pakar teori.
Kejadian misteri itu sekali gus memberi amaran kepada pengguna media sosial lain untuk sentiasa berhati-hati dan tidak pergi ke kawasan larangan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram