
TULAR satu kejadian dipercayai letupan bom di garaj kereta sebuah rumah di Pandamaran, Klang pada Selasa.
Menerusi video yang tular di media sosial, insiden berkenaan dipercayai berlaku sekitar pukul 2.54 pagi.
Rakaman daripada kamera keselamatan milik jiran turut memaparkan pelaku yang mencampakkan bahan letupan tersebut.
Berdasarkan klip berkenaan, suspek yang menaiki kereta jenis Perodua Axia berwarna putih dilihat berhenti di depan rumah mangsa.
BACA LAGI: Ramai tak beli baju raya, netizen kongsi kisah sedih persiapan ala kadar Aidilfitri
Dia didapati keluar dari pintu bahagian pemandu sebelum membakar bahan letupan berkenaan dan mencampakkannya ke arah rumah terbabit.
Selepas letupan, suspek kemudiannya dilihat terus beredar dari lokasi.
Akibat daripada kejadian tersebut, sebuah kereta diletakkan di garaj depan rumah berkenaan dilihat mengalami kerosakan di bahagian belakang.
Pada masa sama, pintu cermin depan kediaman terbabit dan sebahagian daripada siling di garaj berkenaan juga didapati runtuh.
BACA LAGI: Budak 4 tahun di Sungai Buloh maut terjatuh tingkat 16 lepas panjat sofa tepi tingkap
Kerosakan akibat letupan yang berlaku.
Tidak dapat dipastikan sama ada terdapat mana-mana individu mengalami kecederaan dalam insiden berkenaan.
Punca kejadian tersebut juga tidak dapat dipastikan dengan pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram