[VIDEO] Tong gas dipercayai punca kedai makan meletup awal pagi di Kepong


  • Tular
  • Rabu, 14 Feb 2024

Tangkap layar rakaman CCTV memaparkan letupan yang berlaku di sebuah kedai makan di Kepong, Kuala Lumpur, pada awal pagi Rabu.

SEBUAH kedai makanan dilaporkan meletup dalam satu kejadian yang berlaku di Kepong, Kuala Lumpur pada awal pagi Rabu.

Insiden letupan melibatkan sebuah unit kedai yang menyediakan hidangan masakan barat di tingkat dua unit sebuah rumah kedai itu turut dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) berdekatan lokasi.

Berdasarkan klip berdurasi 30 saat yang dikongsikan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng di Facebooknya, letupan pada pukul 2.43 pagi itu berlaku secara tiba-tiba sehingga merosakkan sepenuhnya bahagian tingkat unit kedai tersebut.

Cermin tingkap unit berkenaan turut pecah sepenuhnya ekoran kejadian itu.

BACA LAGI: [VIDEO] Tragedi ambang tahun baharu, lelaki maut terkena letupan bunga api di Port Dickson

BACA LAGI: [VIDEO] Jiran terkejut asap tebal rupanya bom meletup, polis tahan 2 individu 'DIY' bahan letupan di Butterworth

Bagaimanapun, kebakaran akibat letupan tersebut tidak menyebabkan kebakaran ke unit lain bangunan berkenaan.

Menurut laporan China Press, insiden terbabit dipercayai berpunca daripada letupan sebuah tong gas yang berada di dalam kedai berkenaan.

Bagaimanapun, siasatan menyeluruh mengenai kejadian itu masih sedang diteruskan.

Pihak bomba selesai melakukan kerja-kerja memadam kebakaran pada pukul 8 pagi Rabu dengan tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram