[VIDEO] Jetama kutip 12.1 tan sisa sampah, bersihkan dasar laut 3 pulau di Sabah


  • Massa
  • Rabu, 27 Mac 2024

SIsa sampah di dasar laut di satu daripada pulau di Sabah yang berjaya dikutip Jetama sepanjang program itu berlangsung.

SEBANYAK 12.1 tan sisa sampah di dasar laut berjaya dikutip oleh syarikat konsesi air untuk Pantai Barat Sabah, Jetama Sdn Bhd (Jetama) menerusi program Jetama Underwater Cleanup 2024 yang diadakan selama empat hari bermula 23 Mac hingga 26 Mac lalu.

Program ini melibatkan kerjasama pelbagai pihak termasuk 60 penyelam, penduduk kampung, dan kerajaan dan agensi swasta termasuk media, Pejabat Daerah Semporna, Persatuan Pelancongan Semporna, Persatuan Sarjana Semporna, Mari-Mari Sepanggar dan pengendali penyelam tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Jetama, Ahmad Naim Uddang berkata, program itu dijalankan di tiga lokasi berbeza iaitu Pulau Mabul, Kampung Serusup, Tuaran dan Pulau Mari-Mari Sepanggar, Kota Kinabalu sebagai usaha mencapai jaringan plastik sifar sambil memulihara alam sekitar, terutamanya dasar lautan.

Ini kerana katanya, 90 peratus kotoran yang dikutip di dasar laut itu merupakan bahan yang diperbuat daripada plastik.

BACA LAGI: 'Ukur baju di badan rakyat', kerajaan, pemaju diminta bina rumah ikut kemampuan semasa

photo_6059650563882203607_y

Pembersihan Bawah Air Jetama 2024 di Sabah.

"Program ini dianjurkan bertujuan untuk memastikan hala tuju syarikat sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di bawah rangka kerja Jetama berhubung Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dan selaras dengan hala tuju Sabah Maju Jaya.

"Komitmen Jetama terhadap kelestarian alam sekitar melangkaui usaha pembersihan semata-mata usaha. Penglibatan syarikat dalam program sedemikian juga terikat dengan inisiatifnya untuk memberi kesedaran tentang pencemaran plastik.

BACA LAGI: Tak perlu guna orang tengah, sewa antara sebab harga makanan bazar di kampung lebih murah berbanding bandar

photo_6059650563882203608_y

Sisa sampah yang banyak dikutip dari dasar laut.

"Matlamat awal kami adalah untuk mengumpul 10 tan plastik di dasar laut yang akan membantu mencapai sasaran sifar plastik.

"Tetapi saya dengan sukacitanya mengumumkan bahawa, kami mencapai angka positif melebihi itu," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ahmad Naim berkata Jetama akan meneruskan program seumpama itu dengan memastikan sasaran plastik sifar mampu dicapai setiap tahun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram