Tak perlu guna orang tengah, sewa antara sebab harga makanan bazar di kampung lebih murah berbanding bandar


  • Massa
  • Rabu, 27 Mac 2024

Terdapat beberapa faktor menyebabkan harga makanan bazar Ramadan di kampung lebih murah berbanding bandar. — Gambar hiasan

KEADAAN peniaga tempatan kini dilihat semakin membimbangkan selepas pelbagai keluhan dan luahan disuarakan berhubung isu kemerosotan jualan produk.

Selain perubahan corak berbelanja rakyat Malaysia yang mula berjimat cermat, kenaikan harga barang ketika ini turut memberi kesan kepada peniaga dan pengusaha yang menjalankan perniagaan makanan atau barangan keperluan.

Peniaga juga terpaksa menaikkan harga jualan sesuai kos bahan asas yang digunakan.

BACA LAGI: 'Jual murah pun tak laku', rupanya ramai peniaga 'fizikal' nyawa-nyawa ikan cari rezeki Ramadan tahun ini

bazar

Bazar Ramadan di Kampung Bukit Badong.

Lebih teruk apabila peniaga menanggung kerugian besar kerana tidak mendapat pulangan untung berbaloi dengan modal dikeluarkan.

Ia sekali gus membuatkan para pembeli berfikir-fikir untuk membeli barang terutamanya makanan di bazar Ramadan.

Namun, di sebalik kegusaran itu, kenaikan harga jualan itu sebenarnya bukanlah berlaku di seluruh kawasan.

Ramai mungkin tidak menyedari bahawa harga makanan dijual di kawasan kampung lebih rendah berbanding di bandar.

Justeru, Majoriti menyenaraikan tiga faktor yang mendorong kepada perbezaan harga jualan makanan bazar Ramadan di kampung dan bandar.

BACA LAGI: 'See you in court', Sanusi mahu saman warganet buat tuduhan melulu isu Kedah Agro

Screenshot (603)

Harga pembekal di kampung yang lebih murah berbanding bandar. — Gambar hiasan

1. Beli bahan mentah terus daripada pembekal

Peniaga khususnya menjual makanan pastinya menggunakan bahan mentah seperti ayam atau telur dengan kuantiti yang banyak.

Namun, peniaga di kawasan luar bandar atau kampung mempunyai sedikit keistimewaan kerana boleh mendapat harga daripada pembekal dengan lebih murah.

Menurut seorang peniaga makanan di bazar Ramadan di Kampung Bukit Badong, Selangor tidak mahu didedahkan identitinya, harga ayam yang dikenakan oleh pembekalnya adalah RM9.40 seekor.

Tetapi, jika di bandar, peniaga berkemungkinan boleh dikenakan harga lebih tinggi kerana membelinya melalui pihak ketiga selain pembekal dan penternak.

1360349

Hasil cucuk tanam sendiri atau pembelian terus daripada pengusaha tanaman memberi keistimewaan buat peniaga kampung. — Gambar hiasan

2. Bekalan sayur hasil cucuk tanam

Selain ayam, peniaga yang menjual makanan berasaskan sayur atau buah terutamanya di kampung lebih mudah mendapatkan bekalan serta harga lebih rendah berbanding di bandar.

Hal ini kerana, penduduk kampung lebih cenderung bercucuk tanam sayuran mudah seperti cili, kangkung, pisang, kobis dan lain-lain sekali gus dapat mengurangkan kos bahan mentah.

Pada masa sama, mereka juga dapat menjual produk dengan harga lebih murah kepada pelanggan.

Bukan itu sahaja, peniaga kampung turut mendapat bekalan terus daripada pengusaha tanaman sayuran yang lebih segar dengan harga pukal murah.

2601806

Setiap tapak jualan perlu disewa dan dibayar oleh peniaga terutamanya bazar Ramadan. — Gambar hiasan

3. Kos sewaan tapak jualan rendah

Perbezaan harga jualan bazar di kampung dan di bandar juga didorong oleh kos sewaan tapak jualan.

Jika di kawasan kampung, para peniaga boleh ditawarkan harga dalam anggaran sebanyak RM50 hingga RM300 sahaja untuk setiap tapak jualan.

Manakala, bazar di bandar seperti Taman Tun Dr Ismail atau Putrajaya berkemungkinan boleh mencecah RM1,000 atau lebih.

Rentetan itu, pengusaha di bandar terpaksa menaikkan harga produk untuk menampung kos sewaan yang tinggi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram