99 Speed Mart-KPWKM tawar peluang pekerjaan, agih 10,000 kit makanan untuk asnaf dan OKU


  • Massa
  • Selasa, 26 Mac 2024

Yong (baju Melayu merah) ketika menyerahkan kit bantuan makanan kepada penerima di RSK Cheras, Kajang, Selangor.

PASAR mini 99 Speed Mart mengagihkan 10,000 kit makanan kepada golongan kurang bernasib baik dan asnaf yang beragama Islam sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri akan datang.

Ketua Pengawai Operasi 99 Speed Mart, Yong Eng Kwang berkata, pihaknya melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menghulurkan sumbangan kepada penerima bantuan JKM khususnya di negeri Selangor dan Kuala Lumpur.

Kerjasama strategik itu menunjukkan hubungan yang harmoni antara Kerajaan dan swasta dalam membantu masyarakat yang memerlukan termasuk orang kurang upaya (OKU).

BACA LAGI: KPWKM ambil serius isu guru bercinta dengan murid — Nancy

photo_6057890327370514984_y (1)

Para penerima bantuan daripada 99 Speed Mart.

Sebagai permulaan kerjasama itu, seramai 1,500 orang penerima bantuan JKM akan menerima sumbangan berupa barangan keperluan asas sebagai persediaan sambutan Aidilfitri seperti tepung gandum, paket bihun, kordial ros, buah kurma, gula pasir, biskut krim, paket minuman coklat dan lain-lain lagi.

Daripada 1,500 orang itu, seramai 1,000 orang penerima bantuan daripada Selangor manakala 500 orang lagi dari Kuala Lumpur akan mendapat manfaat daripada kerjasama tersebut.

"Kami sentiasa peka dengan keperluan rakyat Malaysia dan pada bulan Ramadan dan menjelang Syawal, kami yakin bantuan seperti ini akan menjadi penyeri serta mengurangkan bebanan.

"Penerima yang kebanyakan mereka adalah dari kumpulan B40. Mereka pun sentiasa menjadikan 99 Speed Mart sebagai pilihan mereka, jadi ini bukan sahaja satu pemberiaan sebaliknya adalah tanggungjawab kami kepada rakyat Malaysia," katanya ketika Majlis Penyerahan Kit Makanan Ramadan dan Berbuka Puasa bersama kumpulan sasar KPWKM di Rumah Seri Kenangan (RSK) Cheras, Selangor pada Isnin.

Katanya, 99 Speed Mart juga sentiasa menawarkan peluang pekerjaan kepada semua individu daripada semua lapisan masyarakat yang berminat.

BACA LAGI: AS dah keluar amaran 2 minggu awal, lebih 60 maut serangan kumpulan bersenjata, pakai baju celoreng di Moscow

photo_6057890327370514985_y

Nancy menyantuni penerima ketika majlis.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Hajah Nancy Shukri berkata, kerjasama bersama 99 Speedmart itu adalah yang pertama kali buat KPWKM melalui JKM bagi membantu golongan yang memerlukan.

"Kementerian mengalu-alukan syarikat-syarikat korporat dan swasta untuk menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama agensi di bawah Kementerian demi kesejahteraan kumpulan sasar KPWKM.

"Sejak 2022 hingga 2023, sebanyak 13 buah syarikat telah menyumbang pelbagai bentuk barangan dan peruntukan tunai melalui JKM kepada kumpulan sasar KPWKM yang memerlukan," katanya.

Beliau berkata, program itu turut mendapat kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Selangor serta Majlis-Majlis Agama Islam turut menerima kit makanan untuk diserahkan kepada umat Islam yang daif dan asnaf. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram