"Saya tak paksa sesiapa pun...', Joo Ngan mahu 'move on' isu amal pilih kasih pelumba KLCA


  • Podium
  • Selasa, 26 Mac 2024

Datuk Ng Joo Ngan (dua dari kanan) mahu tamatkan kemelut yang melanda dirinya. — THE STAR/RAYMOND OOI

KONTROVERSI yang timbul dalam Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur (KLCA) melibatkan jurulatihnya, Datuk Ng Joo Ngan baru-baru ini telah menarik perhatian ramai.

Jurulatih veteran berusia 76 tahun itu dikatakan telah mengamalkan sikap pilih kasih yang ketara hingga menyebabkan beberapa pelumba yang di bawah kendaliannya tidak diberikan layanan adil berbanding rakan sepasukan mereka.

Kontroversi tersebut telah menjadi isu besar dalam KLCA hinggakan presidennya iaitu Datuk Razlan Razali bertindak meletakkan jawatan selepas kecewa dengan ahli jawatankuasannya yang gagal bertindak proaktif menangani isu itu.

Dari perspektif Joo Ngan, dia kini bersedia untuk meninggalkan isu tersebut dan mara ke depan. Menurutnya, ini adalah kali pertama isu sedemikian berlaku dalam kariernya sebagai jurulatih.

"Sepanjang hidup saya sebagai atlet berbasikal dan jurulatih kebangsaan, ini adalah kali pertama perkara seperti ini berlaku kepada saya. Saya cuma mahu tutup buku daripada isu ini

"Saya tak paksa sesiapa untuk berlatih di bawah saya. Para ibu bapa menghantar anak-anak mereka dan saya lakukan apa yang saya tahu terbaik iaitu menjadikan mereka juara," kata Joo Ngan.

BACA LAGI: Tolak tepi isu 'padang buruk', fans Oman mahu bintang harapan benam Harimau Malaya

Mohd Harrif Saleh taking a break after cycling session.

Hariff Salleh merupakan salah seorang anak didik Joo Ngan. — Agensi

BACA LAGI: 'Jurulatih pergi, 'owner' kekal', penyokong Kelantan berang kelab lepaskan Alfredo Vera ke Indonesia

Joo Ngan turut menepis dakwaan tidak menjaga para pelumbannya ketika berlatih. Dia mengatakan yang usaha tersebut dilakukan dengan kudratnya sendiri tanpa mengharapkan bantuan daripada pihak KLCA.

Dia turut mengharapkan ibu bapa sudi untuk membantu memberikan sokongan dari segi kewangan untuk menjaga kebajikan para pelumba.

"Corak latihan saya adalah mudah, saya latih para pelumba hingga mereka mencapai tahap boleh memenangi pingat emas. Corak latihan saya mungkin tidak dilengkapi dengan teknologi moden seperti pasukan lain, tetapi lihatlah berapa ramai pelumba berkualiti telah berjaya saya hasilkan.

"Saya jaga pelumba saya sendirian, saya tak minta duit dari sesiapa dan tanggung kos sendiri. Saya tak minta apa-apa dari persatuan.

"Jika ada ibu bapa yang sudi memberikan bantuan (kewangan) untuk menyokong perbelanjaan pelumba, apa salahnya?," ujar Joo Ngan.

Joo Ngan merupakan jurulatih berpengalaman yang telah menghasilkan ramai pelumba basikal terulung negara dalam kategori trek dan lebuhraya.

Antara nama-nama yang pernah berguru dengannya adalah M. Kumaresan, Hariff Salleh dan Datuk Azizulhasni Awang. — THE STAR/S.SAKTESH

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram