[VIDEO] Rumah mewah penyanyi rap AS kena serbu, disyaki terlibat kes pemerdagangan seks


  • Benua
  • Selasa, 26 Mac 2024

Diddy Combs yang didakwa telah melakukan serangan seksual terhadap beberapa orang wanita. — Agensi

RUMAH penyanyi rap Amerika Syarikat (AS), Sean Diddy Combs diserbu ejen Penyiasatan Keselamatan Dalam Negeri (HSI) bersama beberapa agensi lain termasuk imigresen kerana kediaman itu dipercayai terlibat dalam aktiviti pemerdagangan seks.

Pasukan tersebut menjalankan operasi itu pada Isnin di rumah Diddy yang terletak di Holmby Hills, AS yang ia dikenali sebagai kawasan perumahan untuk selebriti serta golongan elit.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada Combs terlibat dalam siasatan pihak keselamatan AS itu.

Berdasarkan laporan dikeluarkan awal, dua lelaki dipercayai anak Diddy ditahan buat sementara ketika serbuan dilakukan tetapi tidak pasti sama ada kemudiannya mereka dibebaskan.

BACA LAGI: 'Hari-hari menangis minta maaf', 'trader' share tips 'sekolahkan' semula scammer

download (3)

Pihak HSI yang melakukan serbuan di sebuah rumah milik Diddy. — Agensi

Terdapat sebuah lagi rumah milik penyanyi tersebut yang diserbu oleh pihak berkuasa iaitu di Miami.

"Awal hari ini, HSI New York melaksanakan tindakan penguatkuasaan undang-undang sebagai sebahagian daripada siasatan berterusan, dengan bantuan daripada HSI Los Angeles, HSI Miami dan rakan penguatkuasa undang-undang tempatan kami.

"Kami akan memberi maklumat lanjut apabila ia sudah lengkap," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Jabatan Syerif Daerah Los Angeles juga dilaporkan berada di tempat kejadian bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, terdapat beberapa tuntutan saman berkaitan dakwaan serangan seksual difailkan terhadap Diddy.

Pada Februari lepas, seorang penerbit muzik memfailkan tuntutan mahkamah, mendakwa selebriti itu memperkosanya.

Namun, peguam Diddy, Shawn Holley menafikan perkara itu dan berkata bahawa ia satu dakwaan tidak benar.

"Kami mempunyai bukti yang kukuh dan tidak dapat dipertikaikan bahawa dakwaannya adalah pembohongan semata-mata," katanya.

BACA LAGI: KPWKM ambil serius isu guru bercinta dengan murid — Nancy

475591E200000578-5179791-image-a-36_1513266648641

Salah satu rumah mewah yang dimiliki penyanyi itu. — Agensi

Seorang lagi wanita dikenali sebagai Joi Dickerson mendakwa, Diddy secara sengaja memberi dadah kepadanya dan mencabulnya selepas dibawa pulang ke rumah ketika dia berusia 19 tahun.

Diddy juga didakwa telah merakam perbuatan terkutuk itu dan menunjukkan kepada rakan-rakannya sehingga menyebabkan mangsa trauma serta bertindak berhenti menyambung pelajarannya di kolej.

Satu lagi tuntutan mahkamah yang difailkan oleh seorang lelaki, menuduh Diddy "meraba-raba dan sentuhan seksual tanpa diminta."

Bukan itu sahaja, seorang lagi penyanyi wanita, Cassie yang pernah menjadi bekas anak didik dan teman wanita Diddy pula memfailkan saman pada November 2023 serta mendakwa, penyanyi rap itu melakukan penderaan seksual termasuk merogolnya selama beberapa tahun.

Saman tersebut bagaimanapun diselesaikan sehari selepas ia difailkan.

Tuntutan itu mengatakan dia memaksanya untuk melakukan hubungan seks dengan pelacur lelaki semasa dia merakam mereka. Saman itu diselesaikan sehari selepas ia difailkan.

Sementara itu, Peguam Douglas Wigdor yang mewakili Cassie mengambil maklum terhadap serbuan yang dilakukan oleh pihak berkuasa di rumah Diddy.

"Kami akan sentiasa menyokong penguatkuasaan undang-undang jika ia bertujuan untuk mendakwa mereka yang telah melanggar undang-undang.

"Semoga ini adalah permulaan proses yang membolehkan Diddy bertanggungjawab atas kelakuan buruknya," katanya pada Isnin.

Untuk rekod, Diddy Combs ialah penyanyi rap, penerbit dan mogul hiburan yang telah memenangi tiga anugerah Grammy dan nilai bersih asetnya dianggarkan hampir RM4 bilion pada 2022. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram