[VIDEO] Peluru sesat nyaris ragut nyawa kanak-kanak ketika sertai kejohanan besbol


  • Podium
  • Sabtu, 23 Mac 2024

Tangkap layar kejadian tembakan yang berlaku di Carolina Selatan.

KIRA-KIRA dua tahun lepas, sekumpulan kanak-kanak nyaris maut pada perlawanan besbol remaja di Carolina Selatan, Amerika Selatan selepas satu insiden tembakan rambang tercetus ekoran pergaduhan dua kumpulan dipercayai gengster.

Insiden berkenaan dilaporkan berlaku semasa perlawanan besbol Liga Dixie Youth di North Charleston yang menyaksikan kejohanan mencari pelapis sukan berkenaan bertukar tragedi mengerikan buat kanak-kanak.

Walaupun sudah dua berlalu namun video menunjukkan para pemain muda, jurulatih dan penonton berlari keluar dari padang besbol di Pepperhill Park berikutan bunyi tembakan masih tular di media sosial.

Menerusi video berkenaan, kanak-kanak dan jurulatih boleh dilihat cuba merangkak ke tempat yang selamat dan sesetengah ibu bapa cuba mengarahkan mereka. Tiada kecederaan dilaporkan dan kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian berkenaan.

BACA LAGI: [VIDEO] Bekas bintang JDT buat kerja sampingan jual hartanah trending di China

BACA LAGI: Zainal Abidin petik 2 pencabar JDT, enggan nilai kualiti import baharu Harimau Selatan terlalu awal

Difahamkan, kejadian tembakan rambang itu berlaku selepas dua kumpulan remaja dalam kenderaan berasingan telah terlibat dalam pergaduhan di tempat letak kereta berhampiran padang besbol sebelum melepaskan tembakan ke arah satu sama lain.

Bagaimanapun, pihak polis ketika itu tidak dapat menjelaskan berapa banyak das tembakan atau jumlah senjata api yang terlibat dalam insiden berkenaan.

Selepas kejadian berkenaan, jurulatih membuat petisyen supaya perlawanan itu dipindahkan kerana insiden keganasan seperti tembakan yang mengorbankan dua individu, salah seorang daripadanya berumur 16 tahun pernah terjadi di kawasan tersebut.

Selepas dua tahun berlaku, status penangkapan suspek masih belum didedahkan oleh pihak berkuasa. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram