Kes salah laku seksual libat guru pelajar, KPM sudah ambil tindakan, sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa


  • Primer
  • Isnin, 25 Mac 2024

Tangkap layar video seorang guru yang didakwa bercinta dengan pelajar berumur 17 tahun.

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan tidak akan bertolak ansur terhadap kesalahan seksual di institusi pendidikannya.

Menerusi kenyataan pada Isnin, KPM memaklumkan pihaknya memandang serius kes salah laku seksual yang melibatkan guru dan pelajar seperti yang dilaporkan.

"Tiada tolak ansur terhadap kesalahan seksual di institusi pendidikan KPM," tegas kementerian itu.

Ujar KPM, kes berkenaan berada dalam perhatian KPM dan tindakan telah diambil mengikut garis panduan sedia ada.

"Kementerian juga bersedia memberi kerjasama penuh kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa," katanya.

BACA LAGI: Polis siasat guru wanita bercinta, cium leher pelajar di perpustakaan

Selain itu, semua institusi pendidikan bawah KPM diminta untuk mematuhi Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Seksual yang sedang berkuat kuasa bertujuan untuk memelihara keselamatan dan kesejahteraan murid.

Pada Ahad, Majoriti melaporkan pihak polis sedang menyiasat kes guru wanita berusia 37 tahun bercinta dengan pelajar lelaki berusia 17 tahun walaupun sudah mempunyai suami dan lima orang anak.

BACA LAGI: Bukan saja-saja lambat, saya hanya ikut prosedur pihak berkuasa — pemilik Rotarium Buffet Steamboat Restaurant

Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamaryl Azran Wan Yusof mengesahkan menerima laporan daripada keluarga remaja lelaki berkenaan.

“Mangsa yang sepatutnya balik ke rumah masih bersama cikgu matematiknya di perpustakaan.

“Mangsa mendakwa dipeluk dan dicium oleh cikgu matematik hingga meninggalkan kesan kemerahan pada leher mangsa,” katanya pada Ahad. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram