Polis siasat guru wanita bercinta, cium leher pelajar di perpustakaan


  • 112
  • Ahad, 24 Mac 2024

Tular mengenai seorang guru bercinta dengan pelajar tingkatan 5.

POLIS menyiasat kes guru wanita berusia 37 tahun bercinta dengan pelajar lelaki berusia 17 tahun walaupun sudah mempunyai suami dan lima orang anak.

Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamaryl Azran Wan Yusof mengesahkan menerima laporan daripada keluarga remaja lelaki berkenaan.

“Mangsa yang sepatutnya balik ke rumah masih bersama cikgu matematiknya di perpustakaan.

“Mangsa mendakwa dipeluk dan dicium oleh cikgu matematik hingga meninggalkan kesan kemerahan pada leher mangsa,” katanya pada Ahad.

BACA LAGI: Irfan Harris rindu puasa PKP, gembira masih dapat jadi imam solat tarawih bersama keluarga

Menurut Wan Kamaryl, kejadian berkenaan terjadi pada 12 Disember 2023 lalu pada pukul 4.50 petang.

Siasatan dijalankan dibawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak yang membawa hukuman penjara selama tempoh tidak lebih sepuluh tahun dan sebat.

Polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk ke pejabat timbalan pendakwa raya untuk mendapatkan arahan lanjut.

Sebelum ini, dalam satu hantaran di Twitter, kakak kepada pelajar lelaki berkenaan memberitahu, ibu mereka sudah membuat laporan polis serta laporan berasingan kepada Pejabat Pendidikan Daerah.

Walaupun guru itu dipindahkan ke sekolah lain, namun mereka mendakwa guru terbabit dan adiknya masih berhubung dan pernah bertemu di pantai secara rahsia.

Bagaimanapun, dia kemudian menurunkan hantaran itu selepas menjadi tular. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram