[VIDEO] Misteri kehilangan anggota tentera terjawab, maut kena mampat lori sampah


  • Benua
  • Jumaat, 22 Mac 2024

Tangkap layar rakaman terakhir Mckeague (gambar kecil) berjalan seorang diri sebelum dia dilaporkan hilang. — Agensi

KES kehilangan yang belum selesai merujuk kepada seseorang individu hilang yang tidak diketahui statusnya sama ada hidup atau mati.

Setiap hari, terdapat banyak kes kehilangan individu yang dilaporkan di seluruh dunia. Namun, terdapat beberapa kisah kehilangan popular yang masih kekal sebagai misteri sehingga kini.

Antara kes kehilangan yang masih menjadi bualan ramai ialah kisah seorang Tentera Udara Diraja Britain, Corrie Mckeague yang hilang pada September 2016.

Memetik laporan media antarabangsa, Mckeague dilaporkan hilang selepas keluar malam bersama rakannya di Bury St Edmunds dekat Suffolk, England pada waktu kejadian.

Mayatnya tidak pernah ditemui dan masih menimbulkan misteri sehingga hari ini.

BACA LAGI: Badan penuh lebam, Muhd Nazmie Aizat maut kena belasah dalam asrama kolej vokasional di Lahad Datu

BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki mundar-mandir bawa parang di Banting ada masalah rumah tangga — Polis

Melalui satu inkues yang dilakukan oleh pihak berkuasa pada tahun lalu menyimpulkan anggota tentera tersebut mati selepas masuk ke dalam tong sampah sebelum jasadnya dibawa ke pusat pelupusan sampah.

Polis percaya bahawa anggota tentera berkenaan telah memanjat tong sampah yang diletakkan di kawasan tersebut dan secara tidak sengaja kemudiannya dihumban masuk ke dalam lori sampah oleh pekerja pembersihan yang tidak menyedari kehadirannya.

Walaupun pihak polis telah melakukan pencarian meluas, termasuk di tapak pelupusan sampah di Milton, berhampiran Cambridge, namun mayatnya tidak pernah ditemui.

Juri inkues membuat kesimpulan dia meninggal dunia akibat asfiksia mampatan yang dikaitkan dengan pelbagai kecederaan dalam erti kata lain mayatnya hancur selepas secara tidak sengaja dimampatkan lori sampah.

Melalui inkues itu juga mendapati kematian Mckeague disebabkan oleh pengambilan alkohol berlebihan sehingga menyebabkan dia hilang pertimbangan untuk membuat keputusan.

Pada masa sama, turut tular rakaman terakhir Mckeague berjalan seorang diri sebelum dia dilaporkan hilang beberapa hari selepas kejadian. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram