[VIDEO] Kerajaan gugur cadangan pindaan perlembagaan kewarganegaraan kanak-kanak


  • Primer
  • Jumaat, 22 Mac 2024

Saifuddin Nasution berkata kerajaan akan menggugurkan cadangan pindaan perlembagaan yang kontroversi mengenai kewarganegaraan

KERAJAAN bersetuju untuk mengekalkan dan tidak meminda Seksyen 19B dan Bahagian II Perkara 14(1)(b) 1(e) Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak kewarganegaraan kanak-kanak terdampar, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Seksyen 19B menetapkan bahawa anak-anak terdampar diberi kewarganegaraan menerusi penguatkuasaan undang-undang.

Perkara 14(1)(b) 1(e) pula merujuk kepada tiap-tiap orang yang lahir di Persekutuan dan pada masa dia lahir tidak menjadi warganegara mana-mana negara.

Menurutnya, dua cadangan pindaan yang akan digugurkan ialah 19B Bahagian III Jadual Kedua dan Seksyen 1(e) Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan, bermakna fasal semasa akan kekal.

“Selepas pelbagai sesi perbincangan dengan ketua-ketua whip Kerajaan Perpaduan, ketua parti, agensi, pakar undang-undang dan pihak berkepentingan lain, saya telah membentangkan input saya kepada kabinet.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) juga telah mengadakan sesi perbincangan dan kami (Kabinet) bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan.

"Semua cadangan pindaan diterima kecuali (Seksyen) 19B dan (Bahagian II) (Perkara) 14(1)(b) 1(e). Ini (dua artikel) akan kekal sepertimana sebelum cadangan diangkat oleh KDN," katanya pada Jumaat. —TheStar/ ARFA YUNUS

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram