Dituduh curi RM85 punca Mohammad Nazmie Aizzat dibelasah hingga maut


  • 112
  • Sabtu, 23 Mac 2024

Muhd Nazmie Aizat (Gambar kecil) ditemui mati di bilik asrama dipercayai dibelasah rakan dalam kejadian di sebuah kolej vokasional di Lahad Datu. — PDRM

DITUDUH mencuri RM85 menjadi punca seorang pelajar kolej maut dipukul oleh pelajar lain di asrama sebuah kolej vokasional di Lahad Datu, Sabah pada Jumaat, kata polis.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa, Mohammad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, dengan sekumpulan penghuni asrama berkaitan masalah kehilangan wang yang berlaku di asrama tersebut.

"Dalam kejadian itu dua pelajar yang masing-masing kehilangan wang berjumlah RM50 dan RM35 sebelum mangsa telah dituduh sebagai pencuri dan dipukul sehingga mati oleh kesemua suspek.

"Susulan daripada itu, seramai 13 pelajar lelaki berusia antara 16 hingga 19 tahun yang disyaki terbabit dalam kes ini telah ditahan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

BACA LAGI : Badan penuh lebam, Muhd Nazmie Aizat maut kena belasah dalam asrama kolej vokasional di Lahad Datu

Rohan Shah Ahmad berkata, hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dengan sekumpulan penghuni asrama berkaitan masalah kehilangan wang yang berlaku di asrama tersebut.

BACA LAGI : Kes pelajar mati dipukul Lahad Datu: KPM tidak kompromi, minta hormati privasi keluarga mangsa

Menurut Rohan lagi, Mahkamah Majistret Lahad Datu, telah membenarkan tahanan reman selama enam hari mulai Sabtu hingga 29 Mac depan.

Katanya polis turut mengambil keterangan ke atas 12 orang saksi bebas yang antaranya empat warden asrama, pengawal keselamatan dan beberapa orang pelajar kolej terbabit.

“Selain daripada itu, ujian saringan awal air kencing terhadap kesemua suspek didapati kesemuanya bebas daripada penyalahgunaan dadah.

“Polis turut merampas lagi 12 buah telefon pintar milik suspek,” katanya.

Rohan berkata , olis masih menunggu laporan penuh bedah siasat mangsa daripada Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu, sabah bagi mengenalpasti punca kematian sebenar.

Terdahulu, Majoriti melaporkan seorang remaja lelaki ditemui mati di bilik asrama dipercayai dibelasah rakan dalam kejadian di sebuah kolej vokasional di Lahad Datu, Sabah pada Jumaat.

Mangsa yang juga pelajar kolej berkenaan, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh warden asrama yang bertugas pada pukul 6.50 pagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram