TINDAKAN mengubah suai kawasan perumahan terutamanya di pangsapuri kos rendah kini semakin kerap dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab.
Sebelum ini, tular kes penduduk pangsapuri memasang gril besi di koridor sebuah pangsapuri di Kuala Lumpur sehingga mengundang kemarahan pekerja p-hailing untuk menghantar barang.
Lagi parah apabila berlaku perkara sama melibatkan seorang penduduk pangsapuri lagi dipercayai di Puchong, Selangor memasang pintu sebagai penghadang di koridor rumah.
Menerusi hantaran dimuat naik di Facebook Haswanis Hassan pada Ahad, pintu (grill) yang diperbuat daripada besi dan kayu itu mengganggu laluan keluar masuk penduduk lain termasuk dirinya.
BACA LAGI: 'Perlukan intervensi bomba', rider mengamuk laluan koridor flat dihalang pintu gril besi
Pintu yang dipasang di laluan keluar masuk. — Facebook
Menurutnya, tindakan warga emas memasang pintu tersebut adalah kerana tidak mahu kucing memasuki kawasan rumahnya.
"Yang pasang grill dekat rumah flat korang ingat apa? Acah-acah duduk kondo mewah ke? Rak kasut kau dah sebeban dekat situ! Nak tambah grill lagi?.
"Kau tak suka kucing berak kau pindah la, cari planet tak ada kucing. Menyusahkan orang nak jalan sempit-sempit," luahnya.
BACA LAGI: Selesaikan masalah rakyat lebih efektif, 3 isu KPKT perlu beri fokus pada 2024
Dia juga meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap pihak pengurusan rumah yang pada awalnya tidak mengambil sebarang tindakan selepas aduan sudah dilakukan.
Pada masa sama, pemilik akaun itu turut menyuarakan kebimbangannya terhadap kemungkinan buruk yang akan berlaku jika pintu itu diletakkan.
"Kalau ada kebakaran lagi susah, kayu lagi senang terbakar," katanya.
Sehari selepas video itu disiarkan, Haswanis berkata, pihak pengurusan ada datang ke rumahnya selepas hantaran pertama dimuat naik namun mereka tidak berkesempatan untuk bersemuka bagi menyelesaikan isu tersebut.
"Pihak pengurusan ada datang, sayangnya kami pergi bazar, menyesal pula keluar sebab tak tahu apa kesudahan," katanya.
Mesej antara pengadu dan seorang individu tentang tindakan pihak pengurusan. — Facebook
Namun, dia dikatakan menerima maklumat daripada individu lain yang menyatakan bahawa pihak pengurusan boleh merobohkan pintu tersebut setelah dua surat amaran diberikan kepada pemilik rumah terbabit.
Katanya, jika tiada tindakan tegas dilakukan selepas dua surat itu diberikan, dia disarankan untuk membuat aduan kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).
Sementara itu, rata-rata warganet juga meluahkan rasa berang terhadap tindakan warga emas itu kerana tidak peka dengan situasi penduduk lain.
"Susah hidup di flat, kalau ada duit pindah lah demi keselamatan," komen Nur Auni Rohanie.
"Ingat harta bapa dia punya kot," luah Mochi Nara Crea Tive.
"Ni kalau jiran kiri kanan buat macam ni, mahu tak ada jalan keluar," tulis Faizal Salim.
Setakat ini, Majoriti sudah menghubungi pihak MBSJ untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram