[VIDEO] Bomba guna teknik 'fire beater' selamatkan Bukit Broga


  • 112
  • Isnin, 18 Mac 2024

Kawasan hutan di Bukit Broga yang terbakar pada Ahad berjaya dipadamkan sepenuhnya pada Isnin. — Bomba

KEBAKARAN hutan di Bukit Broga, Semenyih, Selangor pada petang Ahad berjaya dipadam sepenuhnya awal pagi Isnin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, operasi pemadaman ditamatkan pada pukul 3.30 pagi.

“Seramai 28 pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih, BBP Bangi dan BBP Ampang terbabit dalam operasi pemadaman api di hutan berkenaant.

“Kebakaran membabitkan kawasan hutan di puncak Bukit Broga dengan anggaran seluas dua hektar. Kebakaran mudah merebak ke beberapa tompok-tompok api disebabkan tiupan angin di sekitar bukit,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

BACA LAGI: 'Tolong jumpa, libatkan OKU sebelum buat laluan khas'

Razali berkata, pihaknya yang tidak mempunyai akses kenderaan ke lokasi kebakaran menyebabkan anggota bomba terpaksa memanjat ke puncak bukit yang mengambil masa sekitar 30 hingga ke 45 minit untuk sampai ke lokasi itu.

“Pemadaman dijalankan dengan menggunakan fire beater (menepuk api) berikutan ketiadaan sumber air.

“Tindakan operasi adalah untuk menyekat api merebak di sekitar bukit, selain memadamkan kebakaran sepenuhnya,” katanya.

BACA LAGI: Ajaran Ayah Pin dihidupkan kembali?

Sementara itu, Ahli Parlimen Hulu Langat, Sany Hamzan turut berada di lokasi kejadian bagi melihat kerja pemadaman dilakukan oleh pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor.

Kebakaran itu dilaporkan pada pukul 7.39 malam sebelum sepasukan bomba dari BBP Semenyih dan satu jenter Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke lokasi untuk memadam kebakaran.

Terdahulu, Bukit Broga yang merupakan antara destinasi terkenal dengan aktiviti pendakian itu terbakar dianggarkan berkeluasan dua ekar (0.8 hektar). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram