Kimanis catat IPU tidak sihat 155 lepas alami kebakaran hutan


  • Primer
  • Khamis, 14 Mac 2024

Anggota bomba kini terus dalam usaha memadamkan beberapa insiden kebakaran belukar, hutan, sampah dan gambut di daerah tersebut.

KIMANIS, Sabah merekodkan tahap kualiti udara yang tidak sihat susulan berlakunya beberapa insiden kebakaran di daerah itu.

Laman web Jabatan Alam Sekitar menunjukkan Kimanis mula merekodkan indeks pencemar udara (IPU) tidak sihat, 125, pada pukul 11 malam, Rabu.

BACA LAGI: Jadikan Birmingham muflis sebagai iktibar, ini pro-kontra Malaysia anjur Sukan Komanwel 2026

Bacaan IPU itu terus meningkat kepada 155 setakat pukul 1 tengah hari, Khamis.

Selebihnya kawasan di Sabah termasuk Kota Kinabalu berada pada paras IPU sederhana antara 75 hingga 81, Labuan (57 hingga 61), Tawau (52 hingga 54), manakala Sandakan dan Keningau tidak terjejas jerebu.

BACA LAGI: Moreh antara 3 tradisi masyarakat Melayu meresap jadi amalan umat Islam sepanjang Ramadan

Anggota bomba kini terus dalam usaha memadamkan kebakaran belukar, hutan, sampah dan gambut di lokasi setempat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram