Kes pelajar mati dipukul Lahad Datu: KPM tidak kompromi, minta hormati privasi keluarga mangsa


  • Primer
  • Sabtu, 23 Mac 2024

Muhd Nazmie ditemui mati di bilik asramanya di sebuah sekolah vokasional dekat Lahad Datu, Sabah selepas dipercayai dibelasah rakannya.

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi berhubung kes kematian seorang pelajar lelaki yang dipukul rakan di sebuah vokasional dekat Lahad Datu, Sabah.

Dalam satu kenyataan, KPM memaklumkan kerjasama penuh akan diberikan terhadap siasatan dalam kes berkenaan.

“KPM menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada keluarga Muhd Nazmie Aizat Muhd Narul Azman, pelajar kolej vokasional di Sabah yang telah meninggal dunia.

“Pada masa sama, KPM menyeru semua pihak untuk menghormati privasi keluarga mangsa.

“KPM tidak berkompromi dengan salah laku buli di semua institusi pendidikan di bawah kelolaannya,” menurut kenyataan itu pada Sabtu.

BACA LAGI: [VIDEO] AS dah keluar amaran 2 minggu awal, lebih 60 maut serangan kumpulan bersenjata, pakai baju celoreng di Moscow

434185406_947682126917220_6923396007534054136_n

Muhd Nazmie ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh warden asrama yang bertugas pada pukul 6.50 pagi Jumaat.

BACA LAGI: Kate Middleton dedah hidap kanser, pemimpin dunia titip ucapan semangat

Pada masa sama, KPM memaklumkan pihaknya akan turut menawarkan sokongan psikososial terhadap keluarga mangsa, pelajar, guru dan seluruh warga kolej berkenaan.

Pada Jumaat, seorang remaja lelaki ditemui mati di bilik asramanya selepas dipercayai dibelasah rakannya.

Mangsa yang juga pelajar kolej berkenaan, Muhd Nazmie Aizat Muhd Narul Azwan, 17, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh warden asrama yang bertugas pada pukul 6.50 pagi.

Susulan daripada itu, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad seramai 13 pelajar lelaki berusia 16 dan 19 tahun ditahan.

Polis turut merampas satu alat pengecas telefon pintar yang dipercayai berkait dengan siasatan kes ini.

Kes disiasat mengikuti Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram