Badan penuh lebam, Muhd Nazmie Aizat maut kena belasah dalam asrama kolej vokasional di Lahad Datu


  • 112
  • Jumaat, 22 Mac 2024

Muhd Nazmie Aizat ditemui mati di bilik asrama dipercayai dibelasah rakan dalam kejadian di sebuah kolej vokasional di Lahad Datu. — PDRM

SEORANG remaja lelaki ditemui mati di bilik asrama dipercayai dibelasah rakan dalam kejadian di sebuah kolej vokasional di Lahad Datu, Sabah pada Jumaat.

Mangsa yang juga pelajar kolej berkenaan, Muhd Nazmie Aizat Muhd Narul Azwan, 17, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh warden asrama yang bertugas pada pukul 6.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh pengarah kolej berkenaan.

Katanya, mangsa adalah penghuni asrama kolej berkenaan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Hospital Lahad Datu yang hadir untuk memberikan rawatan kecemasan.

"Bertindak di atas laporan yang dibuat itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu bergegas ke lokasi kejadian.

"Siasatan mendapati kejadian berlaku di bangunan asrama lelaki kolej berkenaan dan mendapati kejadian benar berlaku berikutan penemuan mayat remaja lelaki dalam keadaan terbaring di lantai di dalam sebuah bilik asrama kolej itu," katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.

BACA LAGI : [VIDEO] 'Kenyang makan Roti John Plastik', peniaga bazar dipesan jangan sekadar kejar 'hype' tapi patut prihatin isu keselamatan makanan

433439896_738551701722975_6348388178415925154_n

Muhd Nazmie Aizat Muhd Narul Azwan, 17, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh warden asrama yang bertugas pada pukul 6.50 pagi. —Facebook/Dayang Datu Shadan

BACA LAGI : [VIDEO] Polis langgar kenderaan awam, ketahui kaedah tuntutan boleh dibuat terhadap kerajaan

Menurutnya, pemeriksaan selanjutnya mendapati terdapat kesan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian tubuh mangsa.

"Pihak polis mengenal pasti punca kejadian ialah perselisihan faham antara mangsa dengan penghuni-penghuni asrama yang lain.

"Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu bagi proses bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian mangsa," katanya.

Beliau berkata, sehingga kini, polis menahan seramai 13 pelajar lelaki berusia 16 dan 19 tahun manakala satu rampasan alat pengecas telefon pintar yang dipercayai berkait dengan siasatan kes ini.

"Setakat ini, polis juga mengesan tujuh saksi bebas untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikuti Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Sementara itu, Dr Rohan meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dalam kes tersebut dan polis sedang menjalankan siasatan secara terperinci dari pelbagai sudut secara telus. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram