Dah ada 3 sistem JPJ, e-Dereg boleh buat ramai keliru, gagal capai matlamat sebenar


  • Massa
  • Jumaat, 22 Mac 2024

Sistem e-Dereg diperkenalkan JPJ bagi mengatasi masalah lambakan kenderaan lusuh dan terbiar di kawasan perumahan. — Gambar hiasan/The Star

PENAMBAHAN sistem baharu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam usaha mengatasi masalah lambakan kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan sudah diperkenalkan pada Khamis.

Sistem Pembatalan Pendaftaran Kenderaan Motor Secara Atas Talian (e-Dereg) diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke bertujuan memudahkan pemilik kenderaan terbiar membatalkan pendaftaran secara dalam talian.

Anthony dilaporkan berkata, sistem tersebut merupakan antara cara terbaik menyelesaikan masalah yang sudah lama membelenggu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta penduduk setempat.

BACA LAGI: Elak amalkan monopoli, tambah mekanisme saluran pembayaran bantuan Bingkas — MCCA

2604081

Anthony mengumumkan perkenalan sistem baharu itu. — The Star

Dengan adanya sistem baharu itu, Anthony menjelaskan bahawa pemilik asal kenderaan tidak perlu lagi pergi ke pejabat JPJ bagi proses nyah-daftar kenderaan.

Sementara itu, sistem e-Dereg dimaklumkan bahawa ia dibangunkan dengan kerjasama syarikat penyedia perkhidmatan E-Auto Sdn Bhd dilaksanakan dengan pihak Fasiliti Rawatan Automotif Berlesen (AATF) yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) iaitu Car Medic Sdn Bhd.

Anthony juga berkata, pemilik kenderaan perlu menghubungi Car Medic untuk mengatur temujanji bagi tarikh menunda kenderaan dan pemilik diperlukan hadir ke premis Car Medic untuk proses pembatalan pendaftaran yang menggunakan sistem e-Dereg.

Sebelum ini, JPJ juga sudah memperkenalkan beberapa sistem dalam talian seperti mySikap, aplikasi MyJPJ dan e-Testing.

BACA LAGI: Bukan semua celik IT, penerima bantuan adu hadapi masalah ketika guna sistem Wavpay

A damaged car left at Jalan Antoi Kepong, Kuala Lumpur . — MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

Sistem tersebut merupakan inisiatif mengatasi masalah berbangkit itu. — Gambar hiasan

Namun, ramai pula yang menganggap bahawa ketiga-tiga sistem tersebut sudah terlalu banyak dan lebih menambah kegusaran apabila ditambah dengan e-Dereg.

Menurut Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Siraj Jalil, penambahan sistem itu berkemungkinan boleh mengundang kekeliruan ramai terutamanya generasi baharu.

Katanya, JPJ perlu menitikberatkan elemen pemusatan lebih jelas yang hanya fokus kepada satu platform.

"Maksudnya, ada satu sahaja aplikasi yang mewakili urusan JPJ kepada pengguna. Ia adalah pemusatan fungsi dalam platform digital itu," katanya kepada Majoriti.

8mjUn9Is_400x400

Siraj tidak menafikan usaha baik JPJ, namun ia tetap perlu ditambah baik.

Bagi Siraj, terdapat beberapa kemungkinan buruk boleh berlaku jika jabatan itu terus-menerus menambah sistem baharu.

"Bila ada terlalu banyak aplikasi atau sistem, banyak keculasan boleh berlaku iaitu ramai orang akan keliru lebih-lebih lagi dari segi pendaftaran akaun.

"Pun begitu, dalam keadaan elemen celik digital pengguna yang masih rendah, kita tak mahu juga aplikasi itu jadi seperti kebanyakan aplikasi kerajaan lain.

"Bagus secara fungsinya tetapi gagal diguna pakai oleh pengguna. Tidak guna juga kalau ada sistem, hujungnya semua datang semula ke pejabat JPJ kerana tidak faham," jelasnya.

Tambahnya, pembaharuan tersebut tidak dianggap sebagai sesuatu negatif tetapi ia perlu dipastikan akan diguna dengan sebaik mungkin oleh masyarakat.

"Ia suatu langkah yang bagus tetapi, lebih baik JPJ buat satu platform digital sahaja yang memasukkan kesemua fungsi termasuk urusan pelupusan kenderaan ini," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram