Bukan semua celik IT, penerima bantuan adu hadapi masalah ketika guna sistem Wavpay


  • Massa
  • Jumaat, 16 Feb 2024

Tangkap layar skrin aplikasi Wavpay pengguna terbabit yang tidak dapat dikemas kini. — Twitter

RAKYAT Malaysia pada masa kini sememangnya sudah diterapkan dengan penggunaan sistem digital bagi kegunaan harian.

Selain media sosial, masyarakat juga diperkenalkan dengan sistem pembayaran secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi khas.

Namun, terdapat juga segelintir individu yang tidak mahir dalam menggunakan sistem tersebut sekali gus menjadi beban kepada mereka.

Perkara itu turut berlaku kepada seorang penerima Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) yang menghadapi masalah menggunakan sistem e-Wallet Wavpay yang diperkenalkan kerajaan negeri itu.

BACA LAGI : Hanya dapat RM50 daripada RM150 bantuan BAP, ibu bapa persoal sekolah potong siap-siap bayaran PIBG, koperasi

wavpay

Aplikasi Wavpay yang diperkenalkan bagi penerima Bingkas.

E-Wallet Wavpay telah digunakan untuk pembayaran Bingkas bermula pada 1 Julai 2022. Jumlah penyaluran dana untuk Program Bingkas menggunakan e-Wallet Wavpay adalah sebanyak RM53.5 juta dan memanfaatkan 25,343 orang penerima.

Kerajaan Negeri juga telah menggunakan kemudahan perkhidmatan e-Wallet Wavpay untuk mendaftar secara digital rakyat Malaysia yang layak untuk mendapat perlindungan insurans kemalangan diri di bawah Program Skim Insurans Am Negeri Selangor (Program Insan).

Individu yang menerima bantuan tersebut kini perlu memuat turun dan mengaktifkan akaun Bingkas di aplikasi e-Wallet Wavpay.

Pengguna juga diperkenalkan dengan pelbagai ciri lebih mudah untuk membeli barang keperluan harian di mana-mana premis yang menerima pembayaran secara dalam talian.

BACA LAGI : BAP hanya untuk ibu bapa, sekolah tidak boleh potong sesuka hati — Fadhlina

GGYZfK3akAA_2tV

Masalah yang dihadapi pengguna terbabit.

Bagaimanapun, menerusi hantaran dimuat naik di Twitter (X) @jllmisai pada Khamis, pengguna terbabit mengadu bahawa sistem yang perlu digunakan melalui aplikasi Wavpay itu tidak boleh dikemas kini.

Hal itu sekali gus dikatakan membuatkannya tidak dapat membeli barang keperluan seperti makanan kepada anak-anaknya selama hampir dua minggu.

"Bingkas ini bantuan kerajaan Selangor menggantikan program Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) sebelum ni untuk ibu tunggal sebanyak RM300 sebulan.

"Sebelum ni, KISS hanya tunjuk kad di Speedmart berdekatan rumah, dan boleh beli barang-barang makanan di situ. Sejak Wavpay diperkenalkan, kami okay je sebab aplikasi ni macam e-wallet lah. Duit akan tolak dari situ.

"Cuma yang tak best, memang setiap kali nak membeli asyik nak kena update aplikasi. Cuma paling tak tahan dua minggu lepas. Wavpay ni kemas kini aplikasi konon cantikkan lagi ciri," dakwanya.

GGYZfJiakAAzO8P

Aplikasi Wavpay yang masih tidak dapat digunakan walaupun sudah dikemas kini beberapa kali.

Bukan itu sahaja, pengguna sama mendakwa, sehingga kini aplikasi itu tidak dapat digunakan kerana masih timbul pelbagai masalah walaupun sudah dikemas kini berkali-kali.

Dakwanya lagi, dia sudah cuba menghubungi pusat khidmat pelanggan tetapi tidak menerima sebarang maklum balas.

"Dah update aplikasi berkali-kali, tapi tetap sama. Saya tak faham kenapa perlu update sampai menyusahkan pengguna," luahnya.

Pengguna itu juga mendakwa bahawa isu berbangkit itu bukanlah dihadapinya seorang malah berlaku juga kepada penerima bantuan Bingkas lain.

Pada masa sama, dia menggesa agar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi menyelesaikan isu berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram