KERETA yang sudah tidak boleh digunakan atau dibaiki boleh dilupuskan dengan mudah melalui sistem e-Dereg di kemudahan pelupusan kereta dikenali sebagai Fasiliti Rawatan Automotif Berlesen (AATF), kata Anthony Loke.
Beliau yang juga Menteri Pengangkutan melancarkan inisiatif baharu itu bagi membolehkan pemilik melupuskan dan membatalkan pendaftaran kenderaan mereka di kemudahan tersebut tanpa perlu bersusah payah menuju ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
“Ini dapat menangani isu kenderaan terbiar yang membebankan pihak berkuasa tempatan dan penduduk,” katanya.
BACA LAGI: [VIDEO] Kotak hitam helikopter APMM terhempas di Klang masih belum ditemui
Menurut Anthony, pemilik boleh membawa kereta mereka ke AATF dan melengkapkan pembatalan pendaftaran di pusat tersebut dengan cap jari, MyKad dan butiran kereta mereka.
"Jadi proses itu tak lebih dari lima minit. (Lepas selesaikan proses tadi) Mereka dah boleh balik dah sebab kenderaan itu tidak ada kaitan dengan mereka lagi dan tak perlu tunggu bila kereta itu nak lupus," ujarnya.
Beliau berkata, ekosistem diguna pakai itu sangat komprehensif dengan kereta terbabit boleh dibatalkan pendaftarannya di pusat pelupusan yang mematuhi piawaian alam sekitar.
Sistem e-Dereg atau sistem Pembatalan Pendaftaran Kenderaan Motor Secara Atas Talian (e-Dereg) merupakan inisiatif terbaru JPJ bagi memudahkan pemilik kenderaan motor lusuh dan terbiar membatalkan pendaftaran secara dalam talian.
BACA LAGI: [VIDEO] Peniaga mengamuk, siap ugut nak pancung kepala penguat kuasa gara-gara isu lesen
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Bagaimanapun, Loke berkata, memandangkan ini adalah projek perintis, setakat ini hanya terdapat dua AATF masing-masing di Kajang dan Shah Alam.
“Terdapat sepuluh AATF berlesen kini tersedia dan pusat pelupusan di seluruh negara digalakkan memohon baki lapan lesen tersebut,” katanya.
Beliau mengumumkan demikian ketika melawat salah satu daripada dua AATF di Kajang - Car Medic Sdn Bhd di Kajang, Selangor pada 21 Mac. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram