MOT, Kesuma taja caruman penuh 50,000 pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah melalui SKSPS


  • Massa
  • Rabu, 13 Mac 2024

Kerajaan akan menaja caruman penuh melibatkan 35,000 pemandu teksi dan kereta sewa serta 15,000 pemandu bas sekolah yang bekerja sendiri.

KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) mengumumkan inisiatif berbentuk tajaan caruman penuh melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) kepada individu yang bekerja sendiri sebagai pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah.

Tajaan tersebut akan melibatkan 35,000 pemandu teksi dan kereta sewa serta 15,000 pemandu bas sekolah yang bekerja sendiri.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pengumuman inisiatif percuma itu adalah langkah susulan selepas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2024 Malaysia Madani yang menaikkan tajaan caruman SKSPS melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) daripada 80 kepada 90 peratus.

“Berikutan itu, MOT mengusahakan inisiatif bagi menaja baki 10 peratus caruman untuk pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah melalui penjualan Nombor Pendaftaran Istimewa ‘GOLD’.

"Hasil berjumlah RM1.165 juta akan dimanfaatkan kepada 50,000 individu yang bekerja dalam sektor tradisional seperti yang diperjelaskan,” katanya dalam kenyataan selepas Majlis Pelancaran Inisiatif Caruman Percuma di bawah SKSPS bersama MOT di Menara PERKESO Putrajaya pada Rabu.

Turut hadir Pengerusi Lembaga PERKESO, Datuk Seri Subahan Kamal dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

BACA LAGI: [VIDEO] Belum sempat nak 'blow' rambut, 'hair dryer' tiba-tiba meletup sambar muka pelanggan

The amiable cabbie Gan See Kiet keeps a lookout for special passengers so he can get a chance to do good deeds. AZMAN GHANI / The Star

MOT mengusahakan inisiatif bagi menaja baki 10 peratus caruman untuk pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah.

BACA LAGI: [VIDEO] Lepas Jakarta dikecam, TikToker Indonesia mula misi balas dendam 'serang' KL

Beliau berkata, SKSPS memberi perlindungan kepada mereka yang layak mencarum merangkumi 20 sektor yang bekerja sendiri secara informal.

"Skim itu juga mampu memberi perlindungan daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti sewaktu bekerja," tambahnya.

Dalam pada itu, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong memaklumkan, menerusi inisiatif di bawah skim berkenaan, individu yang bekerja di sektor informal hanya perlu membayar baki sebanyak 10 peratus ataupun RM23.30 bagi perlindungan selama 12 bulan dari tarikh mula mencarum.

Jelas beliau, golongan tersebut akan layak mendapat faedah tunai termasuk tanggungannya di samping penyediaan rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan latihan vokasional.

"Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) suku ketiga 2023, seramai 2.98 juta rakyat Malaysia bekerja sendiri.

"Namun hasil semakan rekod caruman SKSPS setakat 3 Mac 2024 mendapati, hanya 14.56 peratus bersamaan 433,881 pencarum aktif bagi individu bekerja sendiri direkodkan PERKESO," katanya.

IMG_2923

Anthony Loke (lima kiri) dan Steven (enam kiri) pada Majlis Pelancaran Inisiatif Caruman Percuma di bawah SKSPS bersama MOT di Menara PERKESO Putrajaya pada Rabu.

Tambah Steven Sim, daripada jumlah pencarum sedia ada, sebanyak 11,139 kes tuntutan faedah oleh pencarum bawah SKSPS direkodkan bagi tempoh 2022 sehingga 3 Mac 2024, dengan keseluruhan bayaran faedah PERKESO mencecah RM51.8 juta bagi tempoh yang sama.

"Bayaran faedah itu adalah bukti bahawa skim tersebut mampu berfungsi sebagai jaringan keselamatan sosial yang baik serta menjamin kebajikan pencarum seandainya ditimpa kemalangan ataupun bencana," katanya.

Inisiatif caruman penuh perlindungan SKSPS adalah hasil kerjasama antara Kementerian Kewangan, MOT dan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) untuk pemandu teksi, kereta sewa serta bas sekolah bagi memperkasa nilai ihsan dan kesejahteraan rakyat yang merupakan salah satu tonggak pembangunan Malaysia Madani. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram