SELEPAS penurunan harga runcit beras putih import (BPI) antara RM2 hingga RM3 bermula Rabu, kini ada pula pengumuman mengejutkan ramai.
Sebelum ini, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengumumkan, harga semasa beras putih import adalah RM38 hingga RM45 setiap kampit 10 kilogram (kg) dan dijangka turun kepada RM35 dengan pelarasan harga.
Terbaharu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali pula memaklumkan bahawa subsidi tepung gandum kegunaan am telah ditamatkan mulai 2024.
Menurutnya, pengeluaran tepung bersubsidi tidak dapat diteruskan berikutan pengilang tidak mampu untuk mengeluarkan tepung bersubsidi pada harga kawalan RM1.45 per kilogram.
Armizan menjelaskan, kerajaan juga sedang melaksanakan penyasaran semula subsidi yang hanya akan memanfaatkan kumpulan sasar warganegara yang layak sahaja.
BACA LAGI: Pilihan masakan kampung hingga mi tarik, Food Network Summit USJ syurga penerokaan gastronomi!
Ia sekali gus menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat.
Rata-ratanya bimbang sekiranya berlaku kenaikan harga makanan berasaskan tepung di kala keadaan ekonomi yang tidak stabil.
Ditambah pula dengan kontroversi kualiti penjualan makanan di bazar Ramadan.
Ada juga yang gusar jika harga makanan ringan dan manisan yang pada asalnya murah seperti kuih-muih akan mencanak naik selepas subsidi tepung tamat.
Jika ia terjadi, ini antara senarai makanan yang dikatakan tidak masuk akal untuk mengalami kenaikan harga.
Roti canai antara menu kegemaran rakyat Malaysia.
1. Roti canai
Roti canai merupakan antara menu kegemaran masyarakat Malaysia setiap masa.
Menu itu juga menggunakan tepung sebagai bahan utama.
Harga semasa roti canai kosong dijual pada harga sekitar RM2.00 hingga RM2.50
Namun, ada yang berpendapat bahawa jika subsidi tepung ditamatkan, tidak mustahil harga akan dinaikkan kepada RM3.
Harga martabak tidak mustahil akan meningkat dengan kenaikan harga tepung.
2. Martabak
Antara menu yang menjadi perbualan hangat di bulan Ramadan adalah martabak.
Martabak kebiasaannya dijual dengan harga RM4.50 hingga RM5.
Tetapi, sebenarnya sebelum subsidi ditamatkan, harga martabak yang dijual sudah mencecah RM7.
Malah, ada yang menyatakan bahawa martabak boleh dijual pada harga RM8.
Pisang goreng juga menggunakan tepung sebagai bahan asas.
BACA LAGI: Kari ikan nyok-nyok belimbing buluh resipi Utara jadi 'watak utama' bufet Ramadan Zafza Cafe
3. Pisang goreng
Pisang goreng juga menjadi antara menu yang tidak logik untuk dinaikkan harga.
Menu yang satu itu dijual pada harga 0.60 sen seketul.
Walaupun tepung hanya digunakan sebagai bahan tambahan untuk menyalut dan menambah tekstur rasa, harga pisang goreng juga boleh berubah.
Justeru, jika subsidi tepung ditamatkan, harga pisang goreng boleh mencecah 0.70 hingga 0.80 sen.
Harga donat bergula dijangka akan meningkat.
4. Donat
Manisan paling disukai ramai semestinya donat lebih-lebih lagi dengan pelbagai variasi yang dijual di pasaran sekarang seperti donat susu dan donat red velvet.
Contohnya, harga donat bergula biasanya adalah sekitar 0.50 hingga RM1 mengikut saiz.
Namun, ramai yang beri bayangan bahawa harga donat boleh meningkat pada RM2 seketul dengan kenaikan harga tepung kelak. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram