JIKA anda mencari tempat berbuka puasa bersama keluarga pada bulan Ramadan ini, pastinya restoran yang menyediakan pelbagai juadah dan menepati cita rasa menjadi pilihan.
Bagi yang ingin merasai pelbagai masakan di bawah satu bumbung pada harga cukup berbaloi, Zafza Cafe di Seri Kembangan menyediakan 100 menu untuk bulan Ramadan ini.
Pemilik Zafza Cafe, Siti Salmah Abdul Hamid berkata, untuk Ramadan kali ini, kedainya menawarkan Set Talam Ramadan 2024 yang mempunyai kelainan daripada tahun sebelumnya.
Set Talam Ramadan ini terdiri daripada 100 jenis menu pilihan terdiri daripada pelbagai lauk kenduri, juadah lokal dan hidangan masakan kampung.
Setiap set talam yang berharga RM 69.90 itu didatangkan dengan 100 jenis pilihan juadah seperti kari udang, udang sambal petai, ayam goreng balado, filet ikan masam manis dan kailan goreng garing.
Istimewanya Talam Ramadan Zafza Cafe kali ini turut menyediakan masakan 'best seller' antaranya kari ikan nyok-nyok, ikan jenahak masak lemak tumis, ayam kari Thai, daging salai masak lemak cili api dan banyak lagi.
"Untuk kari ikan nyok-nyok ini sebenarnya kami akan masak dengan belimbing buluh," katanya ketika ditanya mengenai keistimewaan menu tersebut.
Antara air 'free flow' yang bakal dihidangkan di Zafza Cafe untuk bulan Ramadan kelak.
Selain itu, menu Talam Ramadan kali ini juga lebih kepada masakan belah utara seperti ayam goreng masak bawang, ayam masak cili kering gajus dengan pajeri nanas.
Lauk-pauk yang disediakan boleh dipilih secara bebas oleh pelanggan sendiri dengan konsep 'free flow' untuk buah-buahan, air, ulam dan kuih-muih.
"Khas untuk kali ini, enam jenis air iaitu sirap selasih, oren tropika, bandung cincau, jagung 'ketagih', teh hitam dan juga teh tarik disediakan secara 'free flow'," ujarnya lagi.
BACA LAGI: Gabungan menu makan kenduri 3 kaum jadi 'rencah' Destinasi Rasa 2024
Aneka buah dan manisan yang diberikan secara 'free flow' untuk setiap tempahan talam
Empat orang cef ditugaskan untuk memasak 'main course', dengan semuanya disediakan secara segar bermula pukul 12 tengah hari, setiap hari.
Untuk menanggung jumlah pelanggan yang ramai, Zafza Cafe telah membuat pengubahsuaian di surau lelaki yang berada di tingkat 2 dan membuka sepenuhnya tingkat atas dan bawah bagi menampung seramai 100 pelanggan pada satu-satu masa.
BACA LAGI: Pilihan masakan kampung hingga mi tarik, Food Network Summit USJ syurga penerokaan gastronomi!
Ruangan atas Zafza Kafe — Facebook/Zafza Kitchen
Malah, untuk pelanggan yang menginginkan privasi, terdapat bilik VIP yang mampu menampung lebih 10 orang.
Talam Ramadan 2024 di Zafza Cafe dikenakan bayaran sebanyak RM69.90 untuk satu set talam, manakala untuk tempahan awal hanya RM65.90 dan boleh dibuat bermula 25 Februari hingga 29 Februari ini.
Set Talam Ramadan 2024 itu boleh dinikmati semasa iftar hari kedua sehingga hari ke-26 bulan Ramadan.
Zafza Cafe terletak di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Selangor dan beroperasi dari Isnin hingga Jumaat bermula 10 pagi hingga 10 malam. Pada hari minggu, premis dibuka pada pukul 8 pagi hingga 10 malam. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram