Peniaga terpaksa ubah strategi jual makanan di bazar ekoran kenaikan harga barang mentah


  • Massa
  • Khamis, 14 Mac 2024

Peniaga bazar Ramadan terpaksa menukar strategi perniagaan susulan kenaikan harga barang mentah.

RAMADAN sudah pun tiba, maka bazar menjadi lokasi tumpuan seluruh rakyat Malaysia untuk menikmati juadah berbuka.

Namun, di sebalik kegembiraan itu, terdapat juga kesulitan terutamanya buat pengusaha makanan ekoran kenaikan harga barang mentah.

Pada 1 Mac lalu, kerajaan mengumumkan bahawa kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan dinaikkan kepada lapan peratus.

BACA LAGI : Momen menyayat hati, bayi baru lahir masih bertali pusat disumbat dalam guni

featured_image

Kenaikan harga terutamanya barang mentah memberi kesan kepada para peniaga. — Gambar hiasan

Beberapa hari selepas itu, ramai yang meluahkan rasa kesal termasuk peniaga kerana ia menyebabkan kenaikan kepada harga jualan barang mentah.

Susulan itu, terdapat pengusaha terpaksa mengubah strategi perniagaan mereka ketika menjual di bazar Ramadan.

Menurut Norziana Md Hairan, 48, yang menjual nasi ayam dengan lebih tiga jenis lauk sampingan berasaskan ayam terpaksa menukar menu sepanjang Ramadan.

BACA LAGI : Kononnya nak ronda-ronda sementara tunggu iftar, 2 remaja perempuan tersangkut atas bumbung rumah jiran

photo_6307335761564908208_x

Norziana pengusaha makanan yang mengubah strategi perniagaannya.

Katanya, menu baharu yang dijual sepanjang Ramadan adalah nasi beriani dengan harga rahmah iaitu RM7.

Walaupun menunya kelihatan gah, Ziana berkata, lauk sampingan terpaksa dikurangkan rentetan kenaikan harga ayam.

“Kalau dulu kami jual tiga atau lebih lauk seperti ayam goreng tepung, ayam goreng rempah, ayam masak merah, ayam kari dan ayam madu.

"Tapi, sekarang untuk bazar Ramadan, kami buat menu baharu dan kurangkan lauk kepada dua sahaja iaitu ayam masak merah dan ayam goreng tepung," katanya kepada Majoriti.

Katanya, harga seekor ayam boleh mencecah sehingga RM9 jika mahu dibandingkan sebelum kenaikan SST iaitu RM6.

photo_6307335761564908210_x

Syafiqah terpaksa menaikkan harga susulan isu berbangkit itu.

Manakala, bagi seorang lagi peniaga bazar Ramadan, Syafiqah Ismail, 30, dia terpaksa membuat keputusan untuk menaikkan harga makanan jualannya sebanyak RM1 hingga RM2.

Menurutnya, setelah melalui perbincangan, keputusan itu terpaksa diambil bagi menampung kos operasi perniagaan nasi putih berlaukkan ayam kunyit.

"Kami terpaksa naikkan sedikit harga. Kalau tahun lalu, kita jual dengan harga RM8, tapi tahun ini naik jadi RM10.

"Kita juga menambah kuantiti makanan yang mana tahun ini kita jual nasi ayam kunyit selambak, jadi berpatutan dengan harga yang ditawarkan.

"Tetapi kuantiti untuk daging, sotong dan udang goreng kunyit terpaksa dikurangkan sedikit atas faktor peningkatan harga bekalan tersebut, namun harga masih kekal sama," katanya yang tidak pernah menukar menu jualan sepanjang empat tahun beroperasi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram