Pilihan masakan kampung hingga mi tarik, Food Network Summit USJ syurga penerokaan gastronomi!


  • Bizz
  • Ahad, 25 Feb 2024

Food Network Summit USJ kini dibuka menampilkan pelbagai pilihan makanan buat pengunjung.

BERITA baik buat pencinta makanan dan penggemar kulinari, anda pastinya teruja dengan pembukaan Food Network di Summit USJ, Subang Jaya, Selangor yang menampilkan pelbagai hidangan enak dan menarik!

Syurga penerokaan gastronomi itu menawarkan bermacam-macam sajian daripada vendor terpilih.

Berkeluasan 10,000 kaki persegi, premis itu terletak di aras G bersebelahan dengan pintu masuk Summit USJ.

Dengan persekitaran yang bersih dan tersusun, pengunjung pastinya dapat menjamu selera dengan tenang dan selesa di sini.

a56444fe-b8b0-47b5-b876-7d10d27e5127

Nikmati pelbagai juadah masakan kampung di Restoran Kampunglah.

Antara hidangan istimewa ialah air tangan cef Ibnu Firqhud Hazizan dari Restoran Kampunglah yang menawarkan pelbagai masakan kampung menyelerakan seperti masak lemak daging salai, gulai rebung, sambal sotong dan ayam masak merah.

Selain itu, restoran Yong's Lan Zhou Mee Tarik diketuai cef Yam Choon Yon turut menjadi tumpuan utama kerana menyediakan resipi asli mi tarik Cina.

Tidak kira jika tekak anda teringin untuk menjamu masakan Melayu klasik atau mi tarik autentik, Food Network tidak akan mengecewakan anda demi memenuhi selera pengunjung sebagai sebuah syurga gastronomi.

BACA LAGI: Kambing golek, tiram keju hidangan unik bufet Ramadan Hotel Seri Pacific

Pada masa sama, pengunjung pastinya tertarik ke The Great Hall Theme Cafe kerana ia menawarkan makanan barat seperti burger, pasta dan minuman yang turut didatangkan dalam hidangan set.

Lengkapi juadah anda dengan secawan kopi artisan dan rasai pengalaman 'casual dining' menerusi air tangan cef Tokio yang terkenal dengan makanan Jepun termasuk sushi serta nasi kari wagyu.

ac9b7fa7-8995-4382-a6c4-72f21925943c

Pengunjung boleh menikmati hidangan mi tarik autentik di Food Network.

Bagi pengunjung yang menyukai cita rasa tempatan, anda boleh menikmati hidangan seperti nasi lemak dan nasi ayam di vendor Cik Cha Nasi Lemak dan Nasi Ayam Makchick.

Ruang Food Network turut menawarkan vendor seperti Selera Padang, Sizzling Thai, Mee Sotong Hj Tamin buat pengunjung yang mahukan hidangan berkonsepkan street food.

Pengunjung pasti gembira dengan hidangan tempatan dan antarabangsa yang menepati cita rasa rakyat Malaysia.

BACA LAGI: Putrajaya Marriot Hotel perkenal '7 Pahlawan Pentas Citarasa' sempena iftar Ramadan

Tidak terhenti di situ, untuk pengetahuan pengunjung juga, terdapat Galeri Great Hall di Food Network yang menampilkan banyak figura aksi daripada pelbagai siri animasi dan filem.

WhatsApp Image 2024-02-25 at 3.30.37 PM

Galeri Great Hall menampilkan koleksi figura aksi pelbagai siri animasi dan filem.

Peminat patung aksi boleh datang ke sini untuk melihat sendiri koleksi tersebut dan mendapatkan pengalaman yang pasti tak akan dilupakan selain boleh menambah koleksi kegemaran masing-masing.

Jangan lepaskan peluang untuk memulakan penerokaan gastronomi anda di Food Network Summit USJ sekarang! — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram