[VIDEO] Penggunaan sarung tangan kuning hanya untuk mencuci, tak selamat kendalikan makanan — KKM


  • Massa
  • Rabu, 20 Mac 2024

Tangkap layar memaparkan seorang peniaga menggunakan sarung tangan getah berwarna kuning jenis nitril semasa menyediakan jualannya.

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) memaklumkan bahawa penggunaan sarung tangan getah berwarna kuning tidak sesuai digunakan untuk pengendalian makanan.

Sebaliknya, ia lebih sesuai digunakan untuk tujuan pencucian.

"Sarung tangan jenis nitril (powder-free-glove) paling selamat untuk mengendalikan makanan kerana tidak meninggalkan sisa kotoran.

"Bagi mengelakkan pencemaran silang, sarung tangan hendaklah dipakai untuk sekali guna sahaja," katanya menerusi satu ciapan di laman X (Twitter) pada Rabu.

KKM berkata demikian sebagai mengulas tentang sebuah video tular memaparkan tindakan seorang peniaga yang menggunakan sarung tangan getah berwarna kuning dalam proses penyediaan makanan yang akan dijualnya di bazar Ramadan dekat Ipoh, Perak.

BACA LAGI: KK Mart mohon maaf isu stoking, Bell Ngasri pesan jangan buat main kalimah ALLAH

BACA LAGI: [VIDEO] Gara-gara pertahan hak pendidik dan pelajar, guru kena 'headshot' lepas pulang mengajar

KKM dalam pada itu memaklumkan bahawa pihaknya turut menawarkan Persijilan Gred Makanan untuk bahan bersentuhan makanan termasuk sarung tangan.

"Pihak industri boleh memaparkan logo persijilan tersebut pada produk yang dipersijilkan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram