KEMENTERIAN Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bakal memperkenalkan satu skim baharu bagi menstruktur semula industri padi dan beras tempatan sebagai satu penyelesaian jangka panjang.
Menteri KPKM, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, perincian mengenai skim tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat.
Beliau berkata, KPKM ketika ini sedang giat mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pemegang taruh meliputi petani sehingga ke persatuan peladang bagi mengumpul maklumat bagi menjayakan skim baharu tersebut.
"Semua beri pandangan masing-masing. Kita akan umumkan dalam dua tiga hari ini mengenai satu skim baharu.
“Ini (pelan) jangka panjang yang lebih kepada penstrukturan semula industri beras dan padi negara.
"Semuanya akan kita buat libat urus termasuk dengan Ahli Parlimen supaya semua memberi pandangan kerana ini masalah negara, bukannya parti mana, bukan masalah kaum,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.
BACA LAGI: [VIDEO] Gara-gara pertahan hak pendidik dan pelajar, guru kena 'headshot' lepas pulang mengajar
Mohamad Sabu ketika Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang ingin tahu tindakan luar biasa KPKM bagi menangani isu bekalan beras putih tempatan (BPT) yang sukar didapati di pasaran.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata, polemik akan terus berlaku sekiranya kerajaan tidak mencukupkan stok beras negara, jadi sebab itu KPKM bertindak menyusun semula industri beras dan padi negara.
“Pengeluaran BPT hanya 62 peratus beras di Malaysia manakala pihak seperti zakat, kontrak kerajaan, hospital, balai polis, sekolah, asrama dan sebagainya menggunakan BPT, menyebabkan untuk edaran tinggal kira-kira 50 peratus.
“Masalah bekalan menjadi masalah buat sementara dan kita kena susun semula. Penyusunan industri beras dan padi ini dilakukan pada 1980-an dahulu yang mana lahirnya Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) dan sebagainya,” jelasnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram