Polis Mersing terima 5 laporan dakwaan serangan seksual ketua sayap pemuda parti politik


  • 112
  • Rabu, 20 Mac 2024

Polis sudah menahan suspek dan kini ditahan reman sehingga Khamis. — Gambar hiasan

POLIS menerima lima laporan daripada enam mangsa susulan penahanan seorang ketua sayap pemuda sebuah parti politik atas dakwaan melakukan serangan seksual terhadap remaja di Mersing, Johor.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, kertas siasatan akan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada Rabu dan kes dijangka dibawa ke mahkamah pada Khamis.

“Pada mulanya kami menerima dua laporan polis malam tadi (Selasa), tetapi selepas kenyataan media dikeluarkan, tiga lagi laporan polis dibuat oleh mangsa berumur di bawah 15 tahun.

"Kami sudah menahan suspek dan dia kini ditahan reman sehingga Khamis. Suspek dijangka didakwa di mahkamah Kota Tinggi pada hari sama," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

BACA LAGI: [VIDEO] Gara-gara pertahan hak pendidik dan pelajar, guru kena 'headshot' lepas pulang mengajar

mersing

Mereka yang mempunyai maklumat berhubung kes tersebut digesa menghubungi IPD Mersing. — Gambar hiasan

BACA LAGI: Industri vape bakal terkubur angkara peraturan ketat KKM?

Abdul Razak memaklumkan, kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan haram tanpa kerelaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Beliau berkata, orang ramai diharapkan agar tidak membuat spekulasi mengenai kes itu kerana ia boleh mengganggu siasatan.

"Mereka yang mempunyai maklumat berhubung kes tersebut digesa menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing di talian 07-799 6224,” katanya.

Sebelum ini, seorang pemimpin sayap pemuda sebuah parti politik di daerah Mersing berusia 36 tahun dilaporkan ditahan atas dakwaan melakukan serangan seksual terhadap seorang remaja lelaki berusia 15 tahun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram