[VIDEO] Motor melelong terlanggar batu sebelum terseret, polis bantuan maut nahas babit 5 kenderaan di Iskandar Puteri


  • 112
  • Rabu, 13 Mac 2024

Kejadian kemalangan itu sempat dirakam rakan mangsa yang turut berada di tempat kejadian.

SEORANG lelaki dilaporkan maut dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Kilometer (KM6.9) Lebuh Raya Linkedua arah Selatan, Iskandar Puteri, Johor pada Rabu.

Difahamkan, mangsa yang berusia 25 tahun itu juga merupakan seorang anggota polis bantuan di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).

BACA LAGI: [VIDEO] Lepas Jakarta dikecam, TikToker Indonesia mula misi balas dendam 'serang' KL

BACA LAGI: [VIDEO] Belum sempat nak 'blow' rambut, 'hair dryer' tiba-tiba meletup sambar muka pelanggan

Pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superitendan Ibrahim Mat Som berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 6.29 pagi.

“Kemalangan tersebut membabitkan lima kenderaan iaitu tiga motosikal, satu treler dan satu lori.

WhatsApp Image 2024-03-13 at 19.30.32

Mangsa difahamkan bertugas sebagai anggota polis bantuan di KSAB. — Facebook/ Farizatul Firdaus

“Dalam kemalangan ini, seorang lelaki maut, manakala dua lagi mangsa cedera ringan dan dua lagi mangsa tidak mengalami kecederaan.

Ibrahim berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila mangsa yang sedang menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR di lorong kanan telah melanggar cebisan batu konkrit yang dan jatuh dari sebuah treler.

"Mangsa hilang kawalan lalu terbabas di lorong kanan. Kemudian dari arah belakang, datang dua buah motosikal dan sebuah treler sinotruk telah menggilis mangsa hingga menyebabkan kecederaan di bahagian kepala dan patah kaki kiri," katanya.

Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian dan telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk tujuan bedah siasat.

Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh menghubungi bahagian siasatan dan penguatkuasaan trafik Iskandar Puteri di talian 07-5101322. . — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram