Tak jadi ulat buku semata-mata, 4 langkah KPM diharap bantu murid kuasai 3M — PIBGN


  • Massa
  • Selasa, 19 Mac 2024

Masalah keciciran murid terutamanya dalam penguasaan 3M ditangani dengan empat langkah diumumkan KPM. — Gambar hiasan/The Star

KEBIMBANGAN ibu bapa terhadap isu keciciran pembelajaran murid kini sedang ditangani Kementerian Pendidikan (KPM).

Sebelum ini, Menterinya, Fadhlina Sidek mengumumkan KPM melancarkan sebanyak empat inisiatif bagi mengatasi masalah tersebut.

Fadhlina berkata, intervensi kurikulum dan pendekatan yang diambil dalam rangka persediaan kurikulum persekolahan 2027 merangkumi tumpuan kepada penguasaan literasi, numerasi dan pembentukan karakter.

BACA LAGI: Tahap penguasaan UASA diubah kepada peratus, gred mulai tahun ini — Fadhlina Sidek

msg1050426791-28618

Fadhlina mengumumkan empat inisiatif KPM berhubung masalah tersebut.

Antara empat inisiatif tersebut adalah penyediaan Dokumen Penjajaran KSSR, program intervensi mengesan murid Tahun 1 lemah kemahiran membaca, mengira dan menulis (3M), memberi akses laporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan memperluaskan Dokumen Penjajaran KSSR kepada semua guru Sains dan Matematik sekolah rendah.

Susulan itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hassan melihat perkara tersebut sebagai langkah terbaik oleh pihak kerajaan bagi meningkatkan lagi kualiti pendidikan di Malaysia.

Beliau turut menyokong usaha KPM serta berharap agar kesemua langkah tersebut dapat memberi kesan terutamanya kepada masalah penguasaan 3M dalam kalangan murid.

BACA LAGI: Sawah padi di Kelantan seluas 50 hektar kembali kering kontang, tanah merekah akibat tak cukup sumber air

msg1050426791-28620

Mohamad Ali berharap kesemua langkah dilaksanakan dengan berkesan untuk mencapai sasaran cerdik 3M.

Menurutnya, 3M adalah sangat penting untuk dikuasai bagi golongan murid sekolah rendah bagi membolehkan mereka mendapat rangkuman ilmu yang lengkap.

"Celik 3M yang melibatkan akhlak murid diharapkan berjaya diterapkan dengan langkah tersebut.

"Fokus KPM kepada subjek Matematik dan Sains juga sangat wajar kerana ia merupakan asas kepada kemajuan sains dan teknologi negara," katanya kepada Majoriti.

Bukan itu sahaja, Mohamad turut menyatakan harapannya sebagai wakil PIBGN agar pendekatan KPM itu dapat diguna pakai dalam apa jua keadaan iaitu pembelajaran secara fizikal dan dalam talian.

msg1050426791-28616

Kesemua langkah diharapkan berkesan kepada semua sistem pembelajaran murid. — Gambar hiasan/The Star

Selain itu, beliau tidak menafikan bahawa pendekatan langkah intervensi melibatkan kurikulum sekolah antara yang perlu disokong.

Hal ini kerana, baginya, murid sekolah perlu mempunyai penguasaan secara holistik dan bukan hanya tertumpu pada pencapaian akademik semata-mata.

"Ia bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan ketangkasan murid untuk menerokai pelbagai bidang.

"Bukan pentingkan kepada buku semata-mata tetapi dapat menghidupkan suasana sekolah yang lebih seronok. Tidak menjadi ulat buku sahaja," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram