'Cikgu atau pelajar lagi penting?', isu guru kongsi meja, kerusi di sekolah 2 sesi tidak terlalu berat — NUTP


  • Massa
  • Sabtu, 16 Mac 2024

Isu berkongsi bilik guru di sekolah mempunyai dua sesi dikatakan tidak perlu terlalu difokuskan berbanding fasiliti pelajar. — Gambar hiasan

MASALAH kepadatan pelajar sekolah masih belum reda, sudah timbul isu baharu melibatkan kekurangan kemudahan tenaga pengajar pula.

Sebelum ini, tular dakwaan mengatakan jumlah murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya melebihi kapasiti fasiliti yang disediakan.

Kekurangan bilik darjah juga dikatakan menjadi punca utama kepada masalah itu sehingga menyebabkan seramai 50 pelajar terpaksa dimuatkan dalam satu bilik darjah.

BACA LAGI: KPM tanggani isu kesesakan, bina sekolah baharu 36 bilik darjah di Cyberjaya

msg1050426791-28254

Murid yang terlalu ramai di SK Cyberjaya.

Lebih mengejutkan, 13 kelas Tahun 1 tidak mampu menampung bilangan pelajar yang terlalu banyak di sekolah berkenaan.

Susulan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan tentang penyelesaian jangka pendek yang sedang dilaksanakan bagi menanggani isu terbabit iaitu dengan membina SK Cyberjaya (2) baharu.

Bagaimanapun, terbaharu, terdapat luahan daripada rata-rata guru sekolah yang juga mempunyai masalah seakan-akan sama.

Menerusi hantaran Facebook Othman Taib pada Rabu, masalah tersebut melibatkan guru yang mengajar di sekolah mempunyai dua sesi iaitu pagi dan petang.

Dia mendakwa pernah melihat situasi tidak selesa kerana para guru di sebuah sekolah menengah terpaksa berkongsi ruang di bilik guru seperti meja dan kerusi.

"Saya pernah masuk bilik guru dua sesi di sebuah sekolah menengah yang kongsi meja dan kerusi sama. Macam 'sardin' dan panas," dakwanya.

Pada masa sama, dia juga meluahkan pandangannya yang tidak bersetuju dengan tindakan pihak sekolah untuk tidak menyediakan fasiliti secukupnya untuk semua guru pada kedua-dua sesi.

"Tak wajar guru sebagai kumpulan profesional berada dalam situasi ini," katanya.

Ada juga yang menganggap perakara itu sebagai masalah yang berlarutan tanpa penyelesaian efektif.

BACA LAGI: Isu guru 'gila konten' bukan saja buka aib pelajar tapi turut undang risiko jenayah, CMCF sokong cadangan NUTP ketat peraturan

msg1050426791-28302

Fouzi menganggap isu bilik guru tidak perlu diperbesarkan seperti masalah pelajar.

Bagi Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), kekurangan bilik guru tidak menjejaskan guru dan pelajar sekolah.

Setiausaha Agungnya, Fouzi Singon berkata, sistem berkongsi meja dan kerusi untuk sekolah dengan dua sesi itu bukan perkara baharu yang mengejutkan.

"Tiada sebarang isu sebenarnya berhubung perkara ini kerana ia sememangnya sudah ada sejak dulu lagi.

"Tidak mungkin sekolah mahu tambah bilik guru pula untuk mengasingkan sesi mereka," katanya kepada Majoriti.

Katanya, kepentingan utama yang perlu diambil berat adalah fasiliti pelajar dan bukannya guru.

Fouzi menjelaskan bahawa, kekurangan bilik darjah untuk pelajar adalah lebih diutamakan berbanding kekurangan bilik guru.

"Pelajar atau guru lebih penting? Sekolah adalah khas untuk menyediakan ruang pembelajaran untuk pelajar.

"Jadi jika ia menjadi satu masalah buat guru, pihak KPM hanya ada pilihan untuk membina dua sekolah dengan sesi berbeza dan menambah peralatan seperti almari untuk simpan barang.

"Tetapi jika lebih daripada itu tidak boleh," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram