[VIDEO] Selepas Ricky Shane, Tok Panglima Aduka bawa 'tentera' sekolahkan lelaki persenda kalimah ALLAH


  • Tular
  • Isnin, 18 Mac 2024

Lelaki yang menghina agama Islam (tiga dari kiri) telah memohon maaf kepada umat Islam serta melahirkan rasa sedih dan menyesal atas tindakannya. — Facebook/ Tok Panglima Aduka

MASIH belum reda kontroversi seorang mualaf dari Sabah, Ricky Shane Ca mempersendakan agama Islam, seorang lagi lelaki di media sosial pula mengundang kemarahan dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Individu terbabit didakwa menghina serta mempersenda isu penjualan stoking tertera kalimah ALLAH seperti tular di media sosial.

“Ini bermaksud ALLAH akan melindungi kamu dari kepala sampai ke tapak kaki, tiada satu pun tinggal. Jangan sensitif sangat lah. Tenang brother.

“Bila kamu perlu syurga, kamu nak tinggalkan kaki kamu? Hanya bahagian atas badan pergi syurga ke?

“KK Mart minta maaf apabila ALLAH melindungi kaki semua orang.

“Logo stoking macam itu pun boleh dikira hinaan? Patut potong saja kaki kamu itulah. Kamu yang rasis kepada orang yang ada kaki,” kata menerusi satu hantaran Facebook miliknya baru-baru ini.

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Saya mualaf, masih banyak perlu belajar’, Ricky Shane Ca mohon maaf hina Islam, dibawa ke balai selepas 6 jam dikepung bawah rumah di Sabah

WhatsApp Image 2024-03-18 at 16.21.55

Tangkap layar menghina kalimah ALLAH yang ditulis oleh seorang lelaki di Facebook. — Facebook

Tindakannya itu turut membawa padah apabila ada dalam kalangan umat Islam sendiri bersemuka dengannya.

Menerusi hantaran video di Facebook Tok Panglima Aduka pada Isnin, dia telah bertemu individu terbabit dan memberi penjelasan mengapa jangan mempermainkan kalimah ALLAH.

“Ini orang sudah sedar kalimah ALLAH itu bermakna. Kepada bangsa lain... Selebihnya kita serahkan pada pihak berkuasa. Sama-sama kita jaga keharmonian bangsa,” tulis individu terbabit.

BACA LAGI: KK Mart mohon maaf isu stoking, Bell Ngasri pesan jangan buat main kalimah ALLAH

Melalui video yang dikongsikan, individu terbabit telah memohon maaf kepada umat Islam serta melahirkan rasa sedih dan menyesal atas tindakannya.

Aduka turut menjelaskan kepada lelaki berkenaan betapa mulianya ALLAH untuk umat Islam dan ianya bukan sekadar logo yang tertera di stoking.

Terdahulu, Majoriti melaporkan Ricky Shane ditangkap polis bagi membantu siasatan selepas dipercayai memuat naik kenyataan menghina agama Islam dalam laman Facebook pada Sabtu.

Lelaki yang dikenali sebagai Ricky Shane Ca itu telah menulis satu hantaran komen yang menyentuh sensitiviti masyarakat beragama Islam.

"ALLAH di t****k k***i pun satu isu, mentaliti sampah," tulisnya.

Individu yang berasal dari Sabah itu meninggalkan komen tersebut selepas mengulas mengenai isu penjualan stoking tertera kalimah ALLAH SWT di beberapa kedai rangkaian serbaneka, KK Supermart & Superstore Sdn Bhd. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram