[VIDEO] 'Kenyang makan Roti John Plastik', peniaga bazar dipesan jangan sekadar kejar 'hype' tapi patut prihatin isu keselamatan makanan


  • Massa
  • Isnin, 18 Mac 2024

Tangkap layar menunjukkan seorang peniaga roti John membakar keju yang diletakkan di atas kertas minyak. — Media Sosial (@mighulziq)

MENJENGAH beberapa hari memasuki bulan Ramadan, kebanyakan peniaga di bazar dilihat menggunakan pelbagai teknik dan strategi bagi melariskan jualan mereka.

Malah ada peniaga yang mengambil inisiatif memodenkan serta menukar resipi juadah tradisional dengan menambah keju (cheese) dalam makanan tersebut.

Antara makanan yang ditambah keju itu ialah sajian roti John yang merupakan salah satu juadah kegemaran orang ramai.

Namun, bukan semua sajian yang disediakan itu selamat untuk dimakan dan mempunyai kesan sampingan sekiranya tidak disediakan dengan betul.

Terbaharu, tindakan seorang peniaga bazar membakar roti John yang dipenuhi keju di atas kertas bungkusan makanan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warga maya.

Antara yang menyuarakan kebimbangan isu itu termasuk seorang pengguna X dikenali sebagai Ariana yang menyifatkan tindakan peniaga tersebut dapat mengakibatkan pelanggan mengalami masalah kesihatan dalam jangka panjang.

"Berapa kali nak pesan, kertas minyak (bungkusan makanan) ada lapisan plastik, kalau bakar terus guna pembakar seperti itu akan membuatkan plastik itu cair dan bercampur dengan makanan.

"Kenyang makan 'Roughtie John + Plastic'," ciapnya di laman X (Twitter).

BACA LAGI: [VIDEO] Pusat Rehabilitasi PERKESO beri sinar baharu pencarum kembali jalani hidup normal

Individu tersebut turut menasihatkan para peniaga bazar agar tidak terlalu ekstrem dalam menu juadah makanan yang dijual dan cukup sekadar menyediakan makanan yang sedap.

"Daripada nak buat juadah yang boleh 'hype' dan tular kena tengok juga isu keselamatan makanan ini. Bukan apa, risau jadi tular pelanggan keracunan makanan pula nanti," ujarnya.

Ciapan Ariana itu turut menarik perhatian dalam warga maya yang lain dan rata-rata bersetuju dengan pendapatnya.

Seorang lagi warga maya, @shriz1612 mencadangkan agar setiap peniaga perlu menghadiri kursus penyediaan makanan sebelum memulakan perniagaan mereka.

"Mereka yang berniaga patut diwajibkan kursus menyediakan makanan (food safety). Lebih bagus tayang sijil di kedai, senang pelanggan nak tahu," katanya.

BACA LAGI: 'Lebih sihat dengan PERKESO!', Kempen Tolak Gula tingkat kesedaran ramai tentang CKD

Sementara itu, pengguna X menggunakan akaun @AreFiq00 pula menggesa agar pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memantau peniaga di bazar Ramadan.

"Semua benda nak 'hype', cuba periksa ada tak mereka ambil kursus penyediaan makanan. Aku kalau pergi bazar, nampak makanan aneh seperti ini memang aku tak beli.

"Mohon KKM dan PBT periksa satu-satu peniaga yang buat makanan aneh dan pelik," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram