PENGUASAAN Johor Darul Ta'zim (JDT) bukan sahaja di padang bola sepak kerana mereka juga boleh menjadi kuasa yang menggerunkan di litar lumba.
Penyertaan JDT Racing ke dalam dunia sukan pemotoran baru-baru ini menyaksikan kemasukan pelumba profesional, Hafizh Syahrin Abdullah ke dalam pasukan mereka untuk Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024.
Tetapi Johor sudah pun mempunyai rekod mengagumkan dalam perlumbaan empat roda dengan pasukan Triple Eight Johor Motorsport Racing (JMR), yang baru-baru ini menduduki tempat ketiga pada Bathurst 12 Hour di Australia.
Dengan prestasi cemerlang mereka dalam bola sepak dan dijadikan contoh kepada semua kelab, Presiden Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM), Tan Sri Mokhzani Mahathir berkata, ia hanya menunggu masa untuk pasukan perlumbaan itu mencapai kejayaan.
BACA LAGI: Enjin mula panas, ramai harap Hafizh Syahrin tampil serasi bersama JDT Racing Team
Hafizh Syahrin merupakan penunggang JDT Racing Team. — Facebook/JOHOR Southern Tigers
BACA LAGI: [VIDEO] Amirul Hadi ligat atas padang, buat ramai imbau zaman 'prime' di Selangor, JDT
“Berdasarkan apa yang dilakukan JDT dalam bola sepak dan perlumbaan kereta, ia menunjukkan potensi untuk pasukan dua roda mereka mencapai tahap yang tinggi.
“Peluang pasukan Malaysia bergelar juara di rantau ini adalah rendah, sebab itu saya rasa kejayaan yang dicapai JDT dalam bola sepak dan perlumbaan kereta boleh ditiru dalam perlumbaan dua roda juga.
"Dengan jentera Ducati, ada peluang untuk menjadi juara dan mengenali JDT, mereka akan melaksanakan perkara dengan cara betul dan saya yakin mereka akan menang," katanya selepas majlis makan tengah hari MAM di Sungai Penchala pada Selasa.
Pada masa sama, Mokhzani berkata, litar perlumbaan baharu yang sedang dibina di Beranang masih perlu mendapat persijilan dan sekatan sewajarnya daripada MAM sebelum mana-mana pelumba turun ke trek.
Mokhzani berkata, walaupun kelihatan baik tetapi perlu mendapat kebenaran daripada MAM sebelum boleh menganjurkan perlumbaan dan acara.
"Trek perlumbaan adalah di bawah jagaan MAM. Ia bukan satu perkara yang unik kepada Malaysia. Semua sukan mempunyai badan pentadbir yang memastikan acara sukan dijalankan dengan lancar, tidak kira acara domestik atau antarabangsa.
“Di Malaysia, MAM telah diberi tanggungjawab oleh badan induk dunia untuk memastikan perlumbaan dan acara mengutamakan keselamatan peserta.
“Itu adalah perkara paling penting bagi kami kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa dalam sukan pemotoran, dan kami mahu meminimumkan risiko itu sebaik mungkin,” katanya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram