SPRM lanjutkan 30 hari lagi untuk Mirzan isytihar harta 


  • 112
  • Sabtu, 17 Feb 2024

SPRM sudah memulakan siasatan sejak Ogos 2022 terhadap semua entiti berkait dan dinamakan dalam laporan Kertas Pandora serta Kertas Panama.

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menambah tempoh lagi 30 hari untuk membolehkan ahli perniagaan, Mirzan Mahathir mengisytiharkan hartanya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan pihaknya memberi tempoh lanjutan tersebut seperti yang dimohon oleh anak sulung kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kami memberinya lanjutan selepas beliau memohon masa tambahan untuk mengisytiharkan harta,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Media pada Januari melaporkan, SPRM mengeluarkan perintah notis mengikut Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009 terhadap Mirzan.

BACA LAGI : Ada beza hilang kawalan dengan hilang akal, netizen gesa wujudkan undang-undang lindungi penunggang motosikal

Interview with Mirzan Mahathir, Managing Director of Betamek Berhad.  — FAIHAN GHANI/The Star

Mirzan Mahathir

BACA LAGI : Ada beza hilang kawalan dengan hilang akal, netizen gesa wujudkan undang-undang lindungi penunggang motosikal

Beliau dikehendaki mengisytiharkan segala aset pegangannya, sama ada dalam atau luar negara dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis tersebut.

Mirzan kini disiasat SPRM berhubung maklumat dalam laporan Kertas Panama dan aktiviti perniagaannya yang membabitkan penjualan dan pembelian syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Siasatan dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 juga Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

SPRM sudah memulakan siasatan sejak Ogos 2022 terhadap semua entiti berkait dan dinamakan dalam laporan Kertas Pandora serta Kertas Panama.

Agensi itu juga sedang mengkaji dokumen kewangan serta pemilikan aset entiti yang tersenarai dalam laporan-laporan itu dan siasatan masih dijalankan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram