BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini dalam proses pemulihan jangkitan yang dihadapi selepas dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 26 Januari lepas.
Jurucakapnya dilaporkan berkata, beliau masih lagi diberikan rawatan namun belum dapat dipastikan sama ada boleh dilepaskan keluar dari IJN ataupun tidak buat masa ini.
"Tun M kini masih dirawat dan dalam proses pemulihan daripada jangkitan.
"Saya tidak boleh beritahu bila dia akan dilepaskan melainkan IJN berpuas hati dengan tahap pemulihannya," katanya.
BACA LAGI: Kes saman TPM ditangguh, Tun M masuk IJN akibat jangkitan
Dr Mahathir masih menjalani proses rawatan di IJN, Kuala Lumpur. — Ihsan Dr M's Media
BACA LAGI: Sakit kena jangkitan, Tun Mahathir tetap sibuk semak fail di wad IJN
Justeru, pendengaran kes saman Dr Mahathir terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaan fitnah tentang isu 'kutty' kekal ditangguhkan kepada 19 Julai ini.
Dr Mahathir, 98, sebelum itu dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 26 Januari lalu untuk rawatan jangkitan yang dihidapinya.
Terdahulu, media melaporkan perbicaraan kes saman yang dijadualkan bermula 11 September 2023 itu ditangguhkan ke 13 Februari tahun ini.
Saman itu dilakukan kerana Zahid dikatakan telah mengeluarkan kenyataan palsu, berbaur fitnah dan berniat jahat dengan sengaja merujuk terus kepada Mahathir ketika Mesyuarat Umno Bahagian Kelana Jaya pada 30 Julai 2017.
Mahathir dilaporkan percaya individu yang dirujuk dalam kenyataan fitnah iaitu 'orang', 'dia' dan 'kutty' jelas merujuk kepadanya secara spesifik. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram