FOREST City menganjurkan pertandingan golf media antarabangsa yang disertai oleh 100 rakan media tempatan dan antarabangsa, baru-baru ini.
Para pengamal media yang menyertai pertandingan tersebuat antaranya dari Malaysia, Singapura, China, Indonesia dan Korea Selatan.
Kejohanan golf ini turut disertai oleh kakitangan pengurusan, editor, jurukamera dan barisan wartawan dari pelbagai agensi media tempatan mahupun luar negara.
Menurut Timbalan Presiden Forest City, Ir. Syarul Izam, kejohanan golf ini dianjurkan bersempena sambutan Tahun Baharu Cina selain meraikan sokongan yang telah diberikan oleh para pengamal media kepada syarikat tersebut serta mempererat hubungan dua hala di antara mereka.
Jelasnya, pertandingan yang pertama kalinya itu diadakan pada 2019 terhenti selama beberapa tahun akibat pandemik.
BACA LAGI: Keindahan alam ketenangan buat pemain golf
“Kejohanan golf ini pada awalnya dirancang sebagai acara tahunan Forest City memandangkan kami memiliki lapangan golf bertaraf antarabangsa.
"Namun ia terhenti apabila pandemik berlaku.
Barisan pemenang kategori gross score.
"Pihak pengurusan syarikat berbesar hati menerima kunjungan para pengamal media yang sudi meluangkan masa untuk menyertai kejohanan anjuran Forest City,” katanya.
Kejohanan golf anjuran Forest City tersebut diadakan di lapangan Legacy di Forest City Golf Resort. Lapangan golf 18 lubang tersebut direka oleh Jack Nicklaus, seorang legenda golf antarabangsa. Anaknya, Jack Nicklaus II turut membantu proses tersebut.
Program bersama media itu dijalankan selama dua hari satu malam. Para pengamal media diraikan dengan majlis makan malam bersama pihak pengurusan Country Garden Malaysia-Singapura disusuli oleh kejohanan golf.
Jamuan makan tengah hari mengiringi acara penyampaian hadiah. Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan sesi cabutan bertuah.
Barisan pemenang kategori nett score.
Kategori pukulan terjauh dimenangi Mahathir Mohd Sidi dari Media Prima. Sementara itu, Ismadi A. Manap dari RTM mengungguli pukulan terdekat dengan garisan. Wakil dari China, Chen Hao memenangi pukulan terdekat dengan pin.
Juara bagi kategori ‘nett score’ dirangkul oleh Toha Dol, dari Golf Malaysia dan Mahathir Mohd Sidi sekali lagi menjuarai acara ‘gross score’. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram