KEPRIHATINAN seorang lelaki untuk memeriksa kekecohan yang berlaku di rumah jirannya berakhir dengan tragedi selepas dirinya menemui ajal apabila dia ditembak tepat di kepala dalam kejadian pada 9 Mac lalu.
Insiden yang berlaku di Apucarana, Paraná, Brazil itu turut dirakam oleh kamera keselamatan di rumah mangsa.
Berdasarkan klip berkenaan, mangsa, Bruno Emídio da Silva Junior dilihat sedang mengintai dari tembok tepi rumahnya ke kediaman sebelah dengan berdiri di atas sebuah pelantar.
Difahamkan, perbuatan itu dilakukan selepas dia mendengar bunyi tembakan dari rumah jirannya ketika dia mengadakan parti di kediamannya bersama rakan-rakan.
BACA LAGI: Jadikan Birmingham muflis sebagai iktibar, ini pro-kontra Malaysia anjur Sukan Komanwel 2026
Mangsa membuat keputusan untuk memeriksa keadaan di rumah sebelah selepas mendengar bunyi tembakan yang datang dari arah kediaman jirannya itu.
Bagaimanapun, tidak sampai beberapa saat dia mengintai, Bruno kemudiannya dipercayai ditembak tepat ke arah dahi menyebabkannya terus terjatuh ke atas lantai dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Insiden itu berlaku dengan cukup pantas dan wanita turut kelihatan di dalam video terbabit yang merupakan teman wanitanya tidak mampu membuat apa-apa.
Difahamkan, jiran mangsa yang juga suspek utama terus melarikan diri dari lokasi dengan menaiki kereta berwarna merah.
BACA LAGI: Ibu bapa terasa kenaikan belanja persediaan sekolah
吃瓜有风险!巴西一男子爬墙头“看热闹”被邻居开枪射杀身亡
3月13日,巴西一名男子“看热闹”被邻居开枪射杀的公共视频曝光。
事件发生于9日晚,33岁男子布鲁诺参加聚会时听到邻居家传来枪声。他试图爬上墙看看,不幸脸部被子弹击中倒地,后经抢救无效死亡。枪手被确认为41岁的邻居,于14日被逮捕。 pic.twitter.com/rxK4CWGbgE
— 墨白(互fo 必回) (@mbi95426262) March 15, 2024
Namun, suspek, Agnaldo da Silva Oroski, 41, kemudiannya menyerah diri selepas polis mengeluarkan waran tangkap pada 13 Mac lalu.
Agnaldo memberitahu pihak berkuasa dia menyangka rumahnya diceroboh apabila melihat mangsa memanjat dinding.
Dia mendakwa, tembakan itu dilepaskan untuk mempertahankan diri.
Bagaimanapun, saksi menyatakan mereka mendengar beberapa bunyi tembakan dari rumah Agnaldo sebelum Bruno pergi untuk memeriksa apa yang berlaku.
Di rumah suspek, polis menemui beberapa senjata api, termasuk senapang patah, peluru, dan sebuah pistol yang dipercayai digunakan dalam insiden berkenaan.
Agnaldo kini ditahan sementara siasatan dijalankan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram