Pemandu rempuh pagar Istana Buckingham ditahan, polis siasat motif kejadian


  • Benua
  • Ahad, 10 Mac 2024

Keadaan pintu pagar Istana Buckingham di tengah London, United Kingdom selepas mengalami kerosakan dalam insiden berkenaan. — Agensi

SEORANG pemandu lelaki ditahan selepas merempuh pintu pagar Istana Buckingham di tengah London, United Kingdom dalam kejadian pada awal pagi Sabtu.

Pegawai bersenjata dari Polis Metropolitan menahan suspek di tempat kejadian kerana disyaki melakukan kerosakan jenayah dan lelaki terbabit kemudiannya dibawa ke hospital.

Insiden itu berlaku di istana diraja tersebut pada pukul 2.33 pagi waktu tempatan.

BACA LAGI: Kurang sebulan tarikh tamat pendaftaran, ada lagi langsung tak tahu pasal PADU

WhatsApp Image 2024-03-10 at 8.32.34 PM

Kereta yang melanggar pagar istana diraja itu pada awal pagi Sabtu. — Agensi

Dalam satu kenyataan, Polis Metropolitan berkata, "siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian."

Rakaman baharu turut memaparkan keadaan pintu pagar istana berkenaan yang mengalami kerosakan dengan ia turutu ditutup dengan penghadang kayu.

Dalam satu video tular mengenai kejadian tersebut, beberapa pegawai bersenjata dilihat mengelilingi pemandu terbabit yang sedang berlutut ketika mereka cuba menahannya susulan insiden tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Pegawai kanan datuk bandar mati kena tembak depan rumah ketika nak hantar cucu pergi sekolah

WhatsApp Image 2024-03-10 at 8.33.06 PM (1)

Tangkap layar video memaparkan polis menahan lelaki berkenaan di hadapan pintu istana tersebut ketika kejadian. — Agensi

Seorang saksi kejadian, yang enggan dikenali berkata, dia menyedari mengenai kejadian itu selepas mendengar satu bunyi 'dentuman kuat' di lokasi.

"Saya mendengar dentuman kuat, dan saya melihat kereta itu merempuh Istana Buckingham.

"Polis berada di tempat kejadian dengan pantas dan menangkapnya," katanya

Pihak polis memaklumkan tiada sebarang kecederaan orang awam dilaporkan dalam kejadian berkenaan dan tiada ahli keluarga diraja berada di kediaman itu ketika insiden. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram