[VIDEO] Bekas banduan acah baik kena tahan lepas bunuh, simpan kaki, kepala rakan dalam peti sejuk


  • Benua
  • Rabu, 13 Mac 2024

Johnson diberkas atas tuduhan membunuh, memiliki senjata dan menyembunyikan mayat manusia pada Khamis. — Agensi

PERJALANAN kehidupan Sheldon Johnson daripada seorang bekas banduan kepada kaunselor dan aktivis yang memperjuangkan keadilan jenayah untuk belia menarik perhatian masyarakat dunia.

Ditangkap atas kesalahan rompakan bersenjata pada tahun 1997, lelaki itu dijatuhkan hukuman penjara selama 25 tahun.

Selepas lebih dua dekad, Johnson, 49, akhirnya dibebaskan pada tahun lalu dan dia banyak menghabiskan masanya untuk menjalankan kerja-kerja advokasi serta mereformasi sistem keadilan menerusi platform Queens Defenders.

Organisasi tersebut menyediakan perwakilan undang-undang kepada individu yang didakwa dengan perbuatan jenayah tetapi tidak mampu membayar peguam.

Bagaimanapun, kisah Johnson kembali menjadi bualan masyarakat apabila dia didakwa membunuh seorang lelaki bernama Collin Small, 44, secara kejam baru-baru ini.

BACA LAGI: [VIDEO] Motor melelong terlanggar batu sebelum terseret, polis bantuan maut nahas babit 5 kenderaan di Iskandar Puteri

BACA LAGI: [VIDEO] Sebelah kaki saja nampak, orang ramai panik lihat mangsa kemalangan terperosok bawah kereta

Ia susulan penemuan mayat Collin dalam keadaan mengerikan di Apartmen Bronx, New York hingga membawa kepada penahanan semula Johnson.

Untuk rekod, Collin dikenalinya sewaktu mereka sama-sama menjalani hukuman di Penjara Sing Sing di Westchester County.

Johnson, yang berada di apartmen ketika pihak berkuasa tiba untuk memeriksa Collin, telah ditahan semasa menggeledah kediaman berkenaan.

Lebih mengerikan, polis menemui tubuh Collin dengan sebelah kakinya ditemukan dalam sebuah tong besar, manakala sebelah lagi kakinya, termasuk lengan dan kepala berada di dalam peti sejuk rumah tersebut.

Perbuatan Johnson bagaimanapun dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan.

Berdasarkan klip tersebut, dia dilihat keluar masuk rumah tersebut sambil membawa mop dan peralatan membersih yang lain.

WhatsApp Image 2024-03-13 at 23.14.55 (1)

Johnson dilihat membawa bersama tong berwarna biru ke dalam pangsapuri itu kira-kira pukul 2 pagi. — Agensi

Dia juga membawa bersama tong berwarna biru ke dalam pangsapuri itu kira-kira pukul 2 pagi.

Menurut Jabatan Polis New York, dia diberkas pada Khamis atas tuduhan membunuh, memiliki senjata dan menyembunyikan mayat manusia.

Johnson bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke mahkamah pada 7 Mac lalu.

Sementara itu, menurut laporan media antarabangsa, jiran-jiran di kediaman Collin memberitahu bahawa mereka mendengar mangsa bersungguh-sungguh merayu agar suspek tidak menembaknya sebelum dua das tembakan kedengaran di pangsapuri berhampiran Odgen Avenue dan West 162nd Street itu kira-kira pukul 8 malam, pada 5 Mac lalu.

"Tolong jangan (tembak), saya ada keluarga," rayunya seperti yang diceritakan oleh jiran mangsa. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram